Posts

Showing posts with the label guru

Rahsia Guru - Guru Pondok Mendatangkan Rezeki

Image
Pada hari ini, sekiranya anda merasakan  rezeki terlalu sempit , selalu  kehabisan wang , sangat terdesak.. peluang selalu terlepas , dipandang rendah,  bisnes merundum  atau hati tidak tenteram dengan keadaan hidup – maka kami akan bersedia berkongsikan satu rahsia yang menjadi amalan para ulama dahulukala untuk anda keluar dari segala macam masalah. 1) Amalan Zikir Pembuka Qalbu 2) Amalan Hembusan Sakti 3) Amalan Syahadah Tauhid Wa Rasul 4) Amalan Hujan Rezeki 5) Amalan Pancaran Cahaya Tubuh 6) Amalan Sapu Angin Sapu Bumi 7) Amalan Tafakur Sufi   Ketujuh-tujuh amalan ini bakal mengubah kehidupan anda . Ramai telah membuktikannya. Prof.Dr.Hj Sharin bersedia membantu anda dalam Program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (Kerohanian II)    InsyaAllah, selepas mengikut bengkel ini; - Rezeki anda akan mengalir lancar - Masalah hutang beransur hilang - Ketenangan di dalam hati - Kerjaya anda akan meningkat - Untung bisnes berlipat ganda ...

Guru Pondok Meninggal 'Senyum' Dalam Solat

Image
Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. “Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya. Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin. Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, ...

Tangan Guru Ditetak Hanya Kerana Memulas Telinga Anak Murid

Image
Gambar di atas dan di bawah diberikan oleh salah seorang pembaca Mynewshub melalui Whatsapp di nombor 013 2329971. Kesahihan kisah ini belum dapat disahkan sepenuhnya tetapi menurut maklumat yang diberikan, ia melibatkan satu kejadian melibatkan seorang yang ditetak tangan sehingga putus semata-mata kerana memulas telinga anak muridnya. Jika benar, maka amatlah malang nasib guru berkenaan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi hanya kerana mendidik anak muridnya. Apa pun, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tambahan, diharap dapat menyalurkan kepada kami melalui nombor di atas sekiranya tidak keberatan… sumber: http://mynewhub.my

Kenali Tuan Guru Dato Harun Din

Image
Pendidikan • Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor • Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965) • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - Universiti Al-Azhar (1966-1968) • Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) • PhD Syariah - Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974) Pengenalan Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang dem...