Wang Simpanan Pesara JKR 70k Lesap!
JOHARI Che Ismail, 57, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan wang simpanannya berjumlah RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, hari ini. - Foto Mohamad Ishak SETIU: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini, terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang semalam. Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 1.50 petang semalam, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja. Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada 4 petang semalam. "Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank," katanya kepa...