Perbezaan Kitab Al-Quran Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Di dalam ajaran Syiah, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka. Ahli Sunnah Wal Jamaah Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada A...