Posts

Showing posts with the label polis

Suspek Buruan Polis Selamba Update Status Facebook

Image
        Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis. Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar. Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu. Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini. Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar. Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.   Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba ...

TIDAK BENAR - Bantuan Jika Masuk Nombor Pin Terbalik (Bukit Aman)

Image
SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca  penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah. Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis. Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, p engesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM. Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. - REM RAMZI Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )  

Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu

Image
gambar hiasan Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya. Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perk uburan orang Isla m. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kis...

AWAS di keliling anda ada Penjenayah Spontan !.

Image
Tiga kejutan menakutkan berlaku di negara ini dalam tempoh tiga hari. Pertamanya, pembunuhan pelajar perempuan berusia 15 tahun oleh kenalan lelakinya. Kenalan yang dikenali melalui FB. Keduanya,pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan bank tersebut.Pembunuh itu memiliki IC palsu. Dan ketiganya,amukan seorang pemuda mengakibatkan dua nyawa ditikam mati.Pembunuh disyaki sakit mental. Begitu mudah nyawa diambil. Semuanya dalam situasi polis sedang "mengamuk" dalam Operasi Cantas, polis kehilangan 44 senjata api,hanya 7 yang dijumpai kembali dan Menteri Polis baru sahaja memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Ketiga-tiga kes bunuh di atas bukan dilakukan oleh Kongsi Gelap atau Penjenayah Tegar maupun yang mempunyai senarai rekod jenayah. Kita melihat ianya semacam "spontan" sahaja ianya berlaku.Tidak terancang rapi. Ini bermakna,rakyat Malaysia menghadapi dua keadaan penjenayah samada sememangnya penjenayah maupun "penjenayah yang spont...

Tiga Lelaki Mati Ditembak Larikan Emas RM1.8 Juta!

Image
  IPOH- Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku. Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh. Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit. Polis yang menerima laporan bertindak pantas mengerah seluruh anggota yang berada di sekitar menjejaki keempat-empat penjenayah yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja. Pada jam 11.15 pagi pihak polis berjaya menjejak kereta suspek yang berada 3 kilometer dari tempat kejadian. Arahan polis supaya suspek menyerah diri tidak diendahkan dan dibalas dengan dua das tembakan yang mengenai kereta polis. Polis yang terpaksa mempertahankan diri bertindak menembak mati tiga penjenayah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke da...

Semak Saman Trafik Online

Image
Semak saman trafik JPJ melalui Online : Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online Semak saman Polis melalui SMS : Taip POLIS   SAMAN [NO KAD PENGENALAN]  hantar kepada  32728 contoh :   POLIS  SAMAN 701010011010  hantar kepada  32728 atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms : POLIS  SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada  32728 contoh :   POLIS  SAMAN BHN786  hantar kepada  32728 Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip POLIS  SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada  32728 Contoh :  POLIS  SAMAN BHN786  mustaqimmah@live.com.my  dan hantar ke  32728 Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli. Selain semak saman trafik secara online dan SM...