Posts

Showing posts with the label Hubungan

Tun Mahathir Sedia Bantu Pulihkan Hubungan Korea Utara Dengan Malaysia

Image
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, sekalipun telah terjalin sejak 1973, tapi hanya mula menjadi rapat pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 2002, pemimpin nombor dua Korea Utara, Kim Yong Nam, datang melawat Malaysia – kunjungan pertama seumpamanya oleh pemimpin negara itu ke negara ini.  Setahun selepas itu – ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, kedua-dua negara membuka kedutaan di negara masing-masing. Secara mudahnya, Tun Mahathir mungkin bukan pemimpin yang membuka hubungan diplomatik dengan Korea Utara tapi beliau adalah pemimpin Malaysia pertama yang merapatkan hubungan antara dua buah negara ini. Justeru, tidak dapat tidak, dalam krisis dengan Korea Utara sekarang,  pengaruh Tun Mahathir ke atas negara itu tidak boleh diketepikan. Maka itu, ada cadangan agar Tun Mahathir masuk campur dalam soal 11 warganegara Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara sekarang kerana pentadbiran...

Anak Melakukan Hubungan Seks Dengan Ayah Secara Rela

Image
KAJANG – Seorang peniaga hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 21 tahun. Teoh Boon Huang, 46, telah dituduh di Mahkamah Sesyen kerana melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Cheras Perdana. Dia berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin  hingga kesnya disebut pada 24 Disember ini. Dalam laporan akhbar sebelum ini, dikatakan suspek  telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya setiap kali isterinya tiada di rumah. Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa bekerja tidak campur tangan dalam perkara tersebut. Sumber polis berkata, pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ay...