Posts

Showing posts with the label kapten Zaharie

Keluarga Kapten Zaharie Membuat Pendedahan

Image
Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari 'ribut spekulasi'yang melanda juruterbang itu. "Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka," kata seorang rakan yang rapat dengan keluarga Zaharie tetapi tidak mahu dikenali. Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak- anak Zaharie untuk 'bersembunyi' adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya. "Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media," katanya. Gambar-Gambar Kapten Zaharie bersama keluarga dan sahabat Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang m...

Kapten Zaharie Tidak Bersalah! (Mila AF5)

Image
Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah  - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mendakwa mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan ahli keluarganya. Kata Mila kepada Sinar Harian, dia berpeluang untuk berkenalan dengan Zaharie ketika pakar juruterbang itu menghadiri satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada tahun 2007. Hubungan mereka semakin rapat selepas Mila sering berjumpa dengan keluarga Zaharie. “Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya. Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal." “Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat.” Ditanya tentang keperibadian yang dimiliki Kapten Zaharie, Mila tanpa berselindung memberitahu Zaharie merupakan seorang yang sangat merendah diri dan penyayang. Kapten Zaharie Mampu Mendaratkan Pesawat Di Landasan Paling Pendek ...

Juruterbang Hantar Mesej Terakhir Selepas Sistem Komunikasi Dipadam

Image
  SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor  The Guardian .   Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej “All right, good night” kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi.   Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada 1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka.   Ini menimbulkan kemungkinan teori pesawat MH370 yang da...