Nilai Iman - Earth Scale
Dunia sementara, akhirat kekal..usahalah sungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat mu. Tuan-puan yang mulia, adakah kita sedar atau tidak sedar, bahawa dalam diri kita ada satu perkara yang sangat berharga, lebih berharga dari emas dan perak, intan, berlian, lebih berharga dari langit dan bumi? Yaa, perkara itu ialah IMAN, beriman kepada Allah, Rasul, Malauikat, Kitab-kitab, Hari kemudian serta Qadha dan Qadha. Iman ada 77 cabang, cabang yang paling besar sekali ialah Laailahaillallah, maksudnya yakin dengan jazam bahawa Allah adalah tuhan yang satu, dialah yang menjadikan kita, dialah pemelihara kita, dialah yang memberi rezeki kepada kita, setiap sesuatu yang terjadi semuanya dalam pengetahuannya, 50,000,000,000 juta tahun dahulu Allah sudah mengetahui bahawa apa yang anda perbuat pada pagi tadi, tengahari, dan malam nanti, dan pengetahuan Allah itu adalah azali yakni tidak dapat disukat dengan masa, kerana masa adalah makhluk yang baharu. Apabila kita sudah benar-ben...