Posts

Showing posts with the label rezeki

Aiman Tino Kongsi Rezeki Dengan Keluarga Di Hari Raya

Image
Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, akan membawa keluarga bercuti selepas beraya di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. Enggan berkongsi lokasi yang bakal dituju, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, berkata beliau berniat membawa seisi keluarga bersantai sepanjang cuti Aidilfitri. "Saya berniat untuk belanja keluarga jalan-jalan pada cuti raya ini. "Kali ini, hari raya cukup terasa perbezaannya selepas dua tahun menjadi artis. Aidilfitri tahun lalu, lagu saya, Ku Rela Dibenci belum hit seperti sekarang," katanya kepada BH Online. Aiman berkata, selain menyediakan persiapan keluarga untuk Aidilfitri, beliau juga mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian rumah. "Selain baju untuk keluarga dan kuih raya, saya sendiri menempah tujuh pasang baju Melayu. Saya juga menghasilkan kurta hipster yang diberi nama Qurta by Sweet A...

Halalkah Dan Berkatkah Rezeki Yang Kita Dapat?

Image
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Halalkah dan berkatkah rezeki yg kita dapat???? Pernah tak kita terfikir apabila setiap kali dapat gajj dan bertanya halalkah dan berkatkah gaji aku ni?Atau sekurang-kurangnya mengucapkan alhamdulillah…kadang-kadang kita semua terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah Swt,jadi mulai saat ini kita semua berubah apabila kita dapat gaji maka ucapkanla Alhamdulillah walaupun  gaji kita hanya sedikit.  Ingatlah firman Allah Swt  “Barangsiapa yang bersyukur,maka Aku akan tambahkan rezekinya dan barangsiapa yg kufur tunggula azab siksaku yg pedih”   Secara ringkasnya rezeki yang halal pasti akan membawa keberkatan iaitu gajinya sentiasa mencukupi untuk semua keperluan. Manakala rezeki yg tidak halal dan sudah pasti tidak mendapat keberkatan tidak akan cukup walaupun gajinya berjuta-juta lemon .Sebagai contoh bila time dapat gaji je kereta rosak la,anak sakit ...

Rahsia Guru - Guru Pondok Mendatangkan Rezeki

Image
Pada hari ini, sekiranya anda merasakan  rezeki terlalu sempit , selalu  kehabisan wang , sangat terdesak.. peluang selalu terlepas , dipandang rendah,  bisnes merundum  atau hati tidak tenteram dengan keadaan hidup – maka kami akan bersedia berkongsikan satu rahsia yang menjadi amalan para ulama dahulukala untuk anda keluar dari segala macam masalah. 1) Amalan Zikir Pembuka Qalbu 2) Amalan Hembusan Sakti 3) Amalan Syahadah Tauhid Wa Rasul 4) Amalan Hujan Rezeki 5) Amalan Pancaran Cahaya Tubuh 6) Amalan Sapu Angin Sapu Bumi 7) Amalan Tafakur Sufi   Ketujuh-tujuh amalan ini bakal mengubah kehidupan anda . Ramai telah membuktikannya. Prof.Dr.Hj Sharin bersedia membantu anda dalam Program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (Kerohanian II)    InsyaAllah, selepas mengikut bengkel ini; - Rezeki anda akan mengalir lancar - Masalah hutang beransur hilang - Ketenangan di dalam hati - Kerjaya anda akan meningkat - Untung bisnes berlipat ganda ...

Rezeki Tertahan Kerana Dosa

Image
Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

Tak Sangka Allah Balas Cepat!

Image
KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya. "Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain. “Sembang apa?” Soal...

Allah Turunkan Rezeki Dengan Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza

Image
RATUSAN Ikan pari terdampar di Gaza Palestin. Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.  Eyad Almadoun bersyukur dengan rezeki tak terduga Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu. Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal. Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi. "Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia. Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari mant...

Korban Punca Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tersentuh hati bila membaca berulang ulang ulang kali entri “Apa lagi alasan untuk tidak berQurban” kisah keluarga miskin bersusah payah mengumpul duit untuk menyempurnakan qurban. Daripada entri ini keluar pulak beberapa kisah dari komen rakan-rakan yang penuh dengan pengajaran. Kisah pertama dikongsika Blogger Ustazah Ain (kalau nak tempah buat kek bolehlah .. sebab keknya sedap) kisah pengorbanan ibu mertua kepada menantu dan cucu yang patut kita contohi. Subhanallah..malunya pada diri sendiri dgn kisah di atas. Tahun ini ibu mertua membeli seekor lembu dan dia meniatkan korban tersebut untuk saya dan anak2 walhal ibu mertua hanya mempunyai pendapatan hasil mengurut dan duit kebun yang kecil..saya memang terharu dgn pengorbanannya.Hanya Allah SWT shj yg mampu membalasnya. Kisah kedua yang dikongsikan oleh Rakan Blogger dari Indonesia Edi lebih menyayat hati dan penuh pengajaran. Di Indonesia juga pernah Pemulung yang berkurb...