Posts

Sedekah Dapat Menghapuskan Dosa

Image
   Sumbangan infaq dan sadaqah sangat diperlukan oleh Maahad Tahfiz Ad Dawwamah, Kg. Buaya Menora, Kuala Kangsar Perak yg terjejas teruk semenjak PKP dikuatkuasakan setahun lalu. Sebelum PKP, Maahad ini menerima sumbangan dari penduduk kampung sekitar, namun sejak PKP khususnya selepas Tukang Masak berhenti kerja, sumbangan telah terputus dan Maahad ini bergantung kpd ihsan jiran tetangga.  Bagi meneruskan usaha utk melahirkan bakal2 tahfiz muda, Maahad yg mempunyai 13 org pelajar, 3 org guru dan seorang Pengetua memerlukan bantuan utk biaya harian dan bulanan. Maahad juga memerlukan bantuan biaya persekolahan yg dianggarkan sekitar RM7,000 sebulan. Sumbangan, infaq dan sadaqah boleh di salurkan melalui akaun Maahad spt berikut:- 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah CIMB Bank 860 327 2974 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah RHB bank   2581 8700 0110 55  Maahad Tahfiz Ad Dawwamah Email: addawwamah@outlook.com   Maklumat mengenai sumbangan boleh disampaikan/diperol...

Sheila Majid Sokong Tun M?

Image
MUNGKIN  sudah tidak tahan melihat dan mendengar keluhan rakyat mengenai kos sara hidup yang kini membebankan rakyat, Sheila Majid meminta agar 'kegemilangan' Malaysia dikembalikan. Dia berbuat demikian menerusi satu 'posting' di laman Twitter miliknya. "Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka. "Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan," luahnya. Statusnya mendapat sebanyak 4,312 'retweet' dan 2,551 like. Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang mempertikaikan tindakannya itu serta meminta agar dia buat 'homework' sebelum menulis status. "Ringgit lemah? sila update okay. Sekarang ringgit makin pulih stabil dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya," tulis...

Lelong Kebun Durian Musang King Dijual Satu Ekar 10k Sahaja!

Image
Di dalam kebun itu ditanam dgn 60 batang pokok Musang King. Lokasi Lenggong, Perak. Ada 6 ekar semuanya. Kalau nak beli semua pun boleh, satu ekar hanya 10k. Utk maklumat lanjut sila sms atau whastapp Cikgu Darus MAAF DAH DIJUA L . First come first serve!

Arahan Sultan, Tauliah Dr Zamihan Mat Zin Ditarik Balik

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto ihsan Istana Selangor Sultan Selangor berkenan tarik balik tauliah Zamihan Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my Share   Tweet   Share SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya tauliah mengajar yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, ditarik balik. Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. "Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampai...

Aiman Tino Kongsi Rezeki Dengan Keluarga Di Hari Raya

Image
Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, akan membawa keluarga bercuti selepas beraya di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. Enggan berkongsi lokasi yang bakal dituju, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, berkata beliau berniat membawa seisi keluarga bersantai sepanjang cuti Aidilfitri. "Saya berniat untuk belanja keluarga jalan-jalan pada cuti raya ini. "Kali ini, hari raya cukup terasa perbezaannya selepas dua tahun menjadi artis. Aidilfitri tahun lalu, lagu saya, Ku Rela Dibenci belum hit seperti sekarang," katanya kepada BH Online. Aiman berkata, selain menyediakan persiapan keluarga untuk Aidilfitri, beliau juga mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian rumah. "Selain baju untuk keluarga dan kuih raya, saya sendiri menempah tujuh pasang baju Melayu. Saya juga menghasilkan kurta hipster yang diberi nama Qurta by Sweet A...

Apa Rahsia Dr Zakir Naik Boleh Hafal Banyak Kitab Agama Lain? Ini Jawapannya

Image
Bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal kitab-kitab agama lain sehingga sangat lancar memetik ayat dalam kitab Bible, Veda, dan sebagainya? Seorang non-muslim memberanikan diri bertanya kepada Dr Zakir Naik, apakah ada rahsia dalam Al Quran untuk menguatkan hafalan seperti itu? Rupanya, bukan hanya wanita itu sahaja yang bertanya tentang hafalan kepada Dr Zakir Naik. Ramai juga yang bertanya soalan tersebut. Mereka takjub dengan hafalan Dr Zakir Naik yang dianggap seperti memiliki “chip komputer” di kepala. Berikut ini jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaan wanita bernama Wandena itu: Saudari ini bertanya bahwa hafalanku sangat fenomenal dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apakah ada ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang hafalan? Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya? Apakah engkau memiliki chip komputer? Apa rahsianya? Rahsianya ada di dalam Al Quran. Dalam pengajaran program dakwah yang aku ajarkan pada murid-muridku, ak...

Bolehkah Orang Kafir Yang Baik Selamat Dari Neraka? Ini Jawapan Dr MAZA

Image
Pernah tak kita terfikir apa yang jadi kepada rakan bukan Islam kita yang berakhlak mulia. Atau benarkah semua orang bukan Islam akan masuk neraka. Soalan: Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam. Mereka dianggap mati kafir. Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam. Apakah mereka tetap masuk nereka? Jawapan Dr MAZA: Ini satu soalan yang penting. Ramai muslim menganggap sesiapa yang bukan muslim dalam dunia ini pasti akan masuk neraka. Ada beberapa perlara yang perlu kita ketahui dalam hal ini. 1. Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tig...