Aiman Tino Kongsi Rezeki Dengan Keluarga Di Hari Raya
Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, akan membawa keluarga bercuti selepas beraya di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. Enggan berkongsi lokasi yang bakal dituju, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, berkata beliau berniat membawa seisi keluarga bersantai sepanjang cuti Aidilfitri. "Saya berniat untuk belanja keluarga jalan-jalan pada cuti raya ini. "Kali ini, hari raya cukup terasa perbezaannya selepas dua tahun menjadi artis. Aidilfitri tahun lalu, lagu saya, Ku Rela Dibenci belum hit seperti sekarang," katanya kepada BH Online. Aiman berkata, selain menyediakan persiapan keluarga untuk Aidilfitri, beliau juga mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian rumah. "Selain baju untuk keluarga dan kuih raya, saya sendiri menempah tujuh pasang baju Melayu. Saya juga menghasilkan kurta hipster yang diberi nama Qurta by Sweet A