Ustaz Kazim Kesal Tolak MT Umno
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam. Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu. Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini. “Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan. Menurut beliau, sebaik sahaja berit...