Sunday, April 23, 2017

Apa Rahsia Dr Zakir Naik Boleh Hafal Banyak Kitab Agama Lain? Ini Jawapannya



Bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal kitab-kitab agama lain sehingga sangat lancar memetik ayat dalam kitab Bible, Veda, dan sebagainya? Seorang non-muslim memberanikan diri bertanya kepada Dr Zakir Naik, apakah ada rahsia dalam Al Quran untuk menguatkan hafalan seperti itu?
Rupanya, bukan hanya wanita itu sahaja yang bertanya tentang hafalan kepada Dr Zakir Naik. Ramai juga yang bertanya soalan tersebut. Mereka takjub dengan hafalan Dr Zakir Naik yang dianggap seperti memiliki “chip komputer” di kepala.
Berikut ini jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaan wanita bernama Wandena itu:
Saudari ini bertanya bahwa hafalanku sangat fenomenal dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apakah ada ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang hafalan?
Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya? Apakah engkau memiliki chip komputer? Apa rahsianya?
Rahsianya ada di dalam Al Quran.
Dalam pengajaran program dakwah yang aku ajarkan pada murid-muridku, aku sebutkan ada tiga hal yang harus diperhatikan.
Yang pertama, disebutkan dalam Quran surah Ali Imran ayat 160 bahwasanya “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”
Jadi yang pertama, bertawakal kepada Allah.
Yang kedua, disebutkan dalam Surat Al Ankabut ayat 69. “Jika kamu berjihad untuk (mencari keredhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalanNya.”
Jadi yang kedua adalah kerja keras.
Dan yang ketiga, Allah berfirman dalam surat Al Anbiya ayat 7 dan surat An Nahl ayat 43. “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.”
Yang ketiga bersifat teknikal.
Teknik yang kami cuba dalam pengajaran program dakwah kami, orang-orang bertanya padaku, “Zakir, apa tekniknya?” Aku katakan ada tiga teknik terpenting dan yang pertama adalah beriman kepada Allah. Nombor satu adalah beriman kepada Allah. Dan semua teknik ilmu Anda yang ada di dunia, kamu tahu berapa banyak muridku yang bergelar MBA dengan teknik menghafal segitiga dan house. Aku tidak mengetahui teknik-teknik seperti teknik segitiga dan segala bentuknya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala penolong terbaik melebihi dari teknik apapun.
Bagaimana cara mendapat pertolongan Allah? Iaitu jika kamu berjuang di jalan-Nya. Kamu berjuang di jalan-Nya nescaya kamu mendapat kejayaan (insyaAllah).
Dalam pengajaran kami, aku mengajarkan murid menghafal surat dan ayat ini, bagaimana menyampaikan ceramah dan mengelola soal jawab. Dan sebelum aku memulakan ceramah, aku selalu membaca doa sebagaimana dalam Surat Thaha ayat 25-28. Yang maksudnya,

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku

Friday, April 21, 2017

Bolehkah Orang Kafir Yang Baik Selamat Dari Neraka? Ini Jawapan Dr MAZA

Pernah tak kita terfikir apa yang jadi kepada rakan bukan Islam kita yang berakhlak mulia. Atau benarkah semua orang bukan Islam akan masuk neraka. Soalan: Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam. Mereka dianggap mati kafir. Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam. Apakah mereka tetap masuk nereka?
kafir
Jawapan Dr MAZA: Ini satu soalan yang penting. Ramai muslim menganggap sesiapa yang bukan muslim dalam dunia ini pasti akan masuk neraka. Ada beberapa perlara yang perlu kita ketahui dalam hal ini.
1. Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata.
Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi…mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”
Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekalipun mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.
2. Banyak hadangan yang telah dan sedang mendindingi cahaya yang hakiki Islam untuk sampai. Ini termasuk kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri. Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini.
Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).
3. Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari. Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa.
Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Ada ramai yang tua dan tidak berpendidikan yang cukup. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya?!!. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.
2-6
6. Juga dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari yang menceritakan Allah mengampuni kekufuran disebabkan kejahilan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ” كَانَ رَجُلٌ يُسْرِفُ عَلَى نَفْسِهِ فَلَمَّا حَضَرَهُ المَوْتُ قَالَ لِبَنِيهِ: إِذَا أَنَا مُتُّ فَأَحْرِقُونِي، ثُمَّ اطْحَنُونِي، ثُمَّ ذَرُّونِي فِي الرِّيحِ، فَوَاللَّهِ لَئِنْ قَدَرَ عَلَيَّ رَبِّي لَيُعَذِّبَنِّي عَذَابًا مَا عَذَّبَهُ أَحَدًا، فَلَمَّا مَاتَ فُعِلَ بِهِ ذَلِكَ، فَأَمَرَ اللَّهُ الأَرْضَ فَقَالَ: اجْمَعِي مَا فِيكِ مِنْهُ، فَفَعَلَتْ، فَإِذَا هُوَ قَائِمٌ، فَقَالَ: مَا حَمَلَكَ عَلَى مَا صَنَعْتَ؟ قَالَ: يَا رَبِّ خَشْيَتُكَ، فَغَفَرَ لَهُ
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: “Dahulu ada seorang lelaki yang kecewa terhadap dirinya. Ketika dia hampir mati, dia berkata kepada anak-anaknya: “Jika aku mati kamu semua bakarlah aku, hancur debukan aku kemudian jadikan aku ditiup angin. Demi Allah! Jika tuhanku dapat menangkapku nescaya DIA akan mengazabku dengan azab yang DIA tidak pernah azab sesiapa pun”. Apabila dia mati, hasratnya dilakukan kepadanya. Maka Allah memerintahkan bumi: “Himpunkan dia”. Maka bumi lakukannya lalu dia pun berdiri (dibangkitkan). Allah berkata: “Apakah yang menyebabkan engkau lakukan tindakanmu itu?”. Dia menjawab: “Wahai Tuhanku, kerana takutkan Engkau”. Maka Allah pun mengampunkannya.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) ketika mensyarahkan hadis ini dalam Fath al-Bari memetik ulasan al-Khattabi yang menyebut: “Mungkin hadis ini menimbulkan kemusykilan bagaimana dia diampunkan sedangkan dia mengingkari Hari Kebangkitan dan kudrat Allah menghidupkan orang yang mati. Jawapannya, dia sebenarnya tidak engkar tetapi jahil lalu menyangka bahawa jika dilakukan ke atasnya seperti itu dia tidak dibangkitkan dan diazab. Sesungguhnya telah zahir imannya dengan dia mengiktiraf bahawa dia lakukan hal itu kerana takutkan Allah”.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) pula dalam karyanya al-Istiqamah mengulas hadis ini dengan menyebut: “Lelaki ini percaya bahawa Allah tidak mempu menghimpunkannya jika dia berbuat demikian ataupun dia syak bahawa Allah tidak membangkitkannya. Kedua-dua iktikad ini kufur yang dihukum kafir sesiapa yang telah tertegak hujah untuknya (sampai kepadanya penerangan yang mencukupi). Namun lelaki ini jahil mengenai hal itu dan tidak sampai kepadanya ilmu yang mengeluarkannya dari kejahilannya. Pun begitu dia ada iman kepada Allah, suruhan dan laranganNYA, janji nikmat dan azabNYA maka dia takutkan balasannya maka dia pun diampunkan disebabkan ketakutannya itu”.
Ibn Taimiyyah menambah lebih dalam lagi: “Maka sesiapa dalam kalangan ahli iman kepada Allah, rasulNYA, Hari Akhirat serta beramal soleh yang tersilap dalam sebahagian masalah akidah sudah pasti tidak lebih buruk dari lelaki tadi. Allah akan mengampuni kesilapannya (ahli iman tersebut), DIA akan mengazabkannya jika ada kecuaian dalam menuruti kebenaran dengan kadar pegangan agamanya. Adapun mengkafirkan individu yang diketahui imannya hanya semata kerana kesilapan tersebut maka itu satu kesalahan yang besar”. (Ibn Taimiyyah, al-Istiqamah, 1l168, Madinah Munawwarah: Univ al-Imam Sa’ud)
7. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut: “Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala.
Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”. Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi: “Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi). KREDIT FB DRMAZA.

Pelajar Ini Disuruh Lukis Wajah Rasulullah

kids-600x337
Video pendek dari Mokhtar Awards ini berkisar tentang kisah seorang pelajar Perancis yang diarah melukis Rasulullah SAW di dalam kelas selepas berlakunya serangan Charlie…
Video pendek dari Mokhtar Awards ini berkisar tentang kisah seorang pelajar Perancis yang diarah melukis Rasulullah SAW di dalam kelas selepas berlakunya serangan Charlie Hebdo pada January 2015 dan gambaran pelajar tersebut membuatkan gurunya terpegun.
“…the teacher did not let me speak when I wanted to explain to her. I can’t blame her. She’s probably never learnt to love someone she hasn’t seen. But me, I love you without seeing you…”
Kredit video:

Sunday, March 12, 2017

Tun Mahathir Sedia Bantu Pulihkan Hubungan Korea Utara Dengan Malaysia

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, sekalipun telah terjalin sejak 1973, tapi hanya mula menjadi rapat pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Pada tahun 2002, pemimpin nombor dua Korea Utara, Kim Yong Nam, datang melawat Malaysia – kunjungan pertama seumpamanya oleh pemimpin negara itu ke negara ini.  Setahun selepas itu – ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, kedua-dua negara membuka kedutaan di negara masing-masing.
Secara mudahnya, Tun Mahathir mungkin bukan pemimpin yang membuka hubungan diplomatik dengan Korea Utara tapi beliau adalah pemimpin Malaysia pertama yang merapatkan hubungan antara dua buah negara ini.
Justeru, tidak dapat tidak, dalam krisis dengan Korea Utara sekarang,  pengaruh Tun Mahathir ke atas negara itu tidak boleh diketepikan.
Maka itu, ada cadangan agar Tun Mahathir masuk campur dalam soal 11 warganegara Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara sekarang kerana pentadbiran Najib dilihat terlalu lambat bertindak.  Keputusan untuk mengambil tindakan sama dengan melarang rakyat Korea Utara disini keluar dari negara ini yang diambil semalam hanya memburukkan lagi keadaan.
Tapi menurut sumber yang rapat dengannya, Tun Mahathir boleh campur tangan, dengan syarat Najib perlu meletak jawatan dahulu.
Ini penting kerana menurut sumber yang sama, Tun Mahathir tidak mahu kejayaan membawa keluar 11 rakyat Malaysia itu nanti, akan dijadikan bukti kehebatan Najib seperti mana ketika pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dimana Najib dilihat sebagai wira kerana berjaya membawa keluar kesemua mayat warga Malaysia yang terkorban dalam nahas tersebut dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro Rusia.
Keadaan seperti itulah yang mahu dielakkan Tun Mahathir sebelum beliau bersetuju untuk masuk campur.  Persoalannya sekarang, adakah Najib sedia melepaskan jawatan demi menyelamatkan nyawa 11 orang rakyat kita ini


Thursday, March 2, 2017

Hanya Wali Yang Kenal Wali


Saya memulai tulisan ini dengan doa, “Yang Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Memberi Petunjuk, tuntun dan bimbilah kami agar mengenal salah seorang kekasih-Mu di muka bumi ini sehingga atas bimbingan kekasih-Mu kami bias mengenal Engkau sebagai mana diri-Mu ingin dikenal, Amin”.
Imam Al-Ghazali ketika ditanya tentang Seorang Pembimbing Rohani, Guru Mursyid yang tidak lain adalah seorang Wali Allah, Beliau berkata, “Menemukan Guru Mursyid itu Lebih mudah menemukan sebatang jarum yang disembunyikan di padang pasir yang gelap gulita”. Bisa kita bayangkan bagaimana sulitnya menemukan sebatang jarum ditengah padang pasir di gelap gulita, dalam kondisi terang pun akan sulit menemukannya. Ungkapan Al-Ghazali yang digelar sebagai “Hujjatul Islam” tidaklah berlebihan, coba kita simak beberapa dalil berikut tentang Wali Allah :
Dalam hadits Qudsi, “Allah berfirman yang artinya: “Para Wali-Ku itu ada dibawah naungan-Ku, tiada yang mengenal mereka dan mendekat kepada seorang wali, kecuali jika Allah memberikan Taufiq HidayahNya”
Abu Yazid al Busthami mengatakan: “Para wali Allah merupakan pengantin-pengantin di bumi-Nya dan takkan dapat melihat para pengantin itu melainkan ahlinya“.
Sahl Ibn ‘Abd Allah at-Tustari ketika ditanya oleh muridnya tentang bagaimana (cara) mengenal Waliyullah, ia menjawab: “Allah tidak akan memperkenalkan mereka kecuali kepada orang-orang yang serupa dengan mereka, atau kepada orang yang bakal mendapat manfaat dari mereka – untuk mengenal dan mendekat kepada-Nya.”
Kita tidak mengetahui dengan pasti siapa Wali Allah atau siapa orang yang mempunyai derajat tinggi menjadi seorang yang dikasih Allah kecuali Allah berkenan member petunjuk-Nya. Untuk memudahkan umat, Rasulullah atas petunjuk langsung dari memberikan beberapa petunjuk ciri-ciri seorang Wali Allah :
Dari Abu Umamah ra, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “berfirman Allah Yang Maha Besar dan Agung: “Diantara para wali-Ku di hadhirat-Ku, yang paling menerbitkan iri-hati ialah si mu’min yang kurang hartanya, yang menemukan nasib hidupnya dalam shalat, yang paling baik ibadat kepada Tuhannya, dan taat kepada-Nya dalam keadaan tersembunyi maupun terang. Ia tak terlihat di antara khalayak, tak tertuding dengan telunjuk. Rezekinya secukupnya, tetapi iapun sabar dengan hal itu. Kemudian Beliau shallallahu alaihi wasallam menjentikkan jarinya, lalu bersabda: ”Kematiannya dipercepat, tangisnya hanya sedikit dan peninggalannya amat kurangnya”. (HR. At Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hanbal)”.
Kualitas seorang Wali Allah bukan sembarangan, mereka izin Allah karena kedekatan kepada Allah apabila kita memandang Wajah Wali Allah akan membuat kita semakin dekat dengan Allah, pandangan kita kepada mereka akan menyambungkan rohani (Rabithah) kita dengan Allah. Inilah dasar dalil yang digunakan oleh pengamal tarekat untuk selalu berwasilah kepada Guru Mursyid sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW .
Imam Al-Bazzaar meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia mengatakan, seseorang bertanya, ya Rasulullah shallalahu alaihi wasallam, siapa para wali Allah itu? Beliau menjawab, “Orang-orang yang jika mereka dilihat, mengingatkan kepada Allah,” (Tafsir Ibnu Katsir III/83).
Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6)
Secara Dzahir, dalam pandangan awam, seorang Wali Allah bisa dilihat dari sifat-sifat yang dimilikinya meskipun orang yang memiliki sifat tersebut belum tentu langsung menjadi seorang Wali Allah :
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’)“
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal karena akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menangis karena rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat”. (Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya)
Dalil yang terakhir ini mengingatkan saya akan Guru Sufi dalam tulisan Sang Wali Akbar yang tiba-tiba mengubah jadwal penerbangan karena Beliau ada firasat kloter 1 akan mengalami musibah, dan dengan kehadiran Beliau disana maka Allah menjauhkan bala tersebut, “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya.
Tentu syukur yang mendalam selalu kita panjatkan kehadirat Allah atas karunia-Nya yang Maha Akbar telah berkenan memperkenalkan seorang kekasih-Nya dimuka bumi, sebagai wujud rasa syukur maka cintai lah dia, sayangi lah dia, kasihi lah dia agar Allah juga memperlakukan mu sebagaimana perlakuanmu kepada kekasih-Nya.
Menutup tulisan ini, saya teringat ungkapan Guru Sufi, “Hanya Wali yang kenal dengan Wali”.
Semoga tulisan ini bermanfaat hendaknya, amin ya Rabbal ‘Alamin..

Wednesday, March 1, 2017

Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?


Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang.

Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula.

“Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi.

“Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus.

“Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang.

“Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya.

Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu.

“Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk permohonan baru.

“Kami tidak lagi beri baucar tapi surat. Jika ada beri baucar akan ada ciri keselamatan dan apabila buat salinan akan ada perkataan salinan pada salinan tersebut,” jawab Ahmad.
JAWAPANNYA: PERGI KE PEJABAT DAERAH UNTUK MENDAPATKAN GANTI.

Tuesday, February 28, 2017

Berapa Pengunjung Maybank2u.com Sehari?


KUALA LUMPUR – Maybank2u.com, mudah.my, airsia.com, cimbcliks.com.my, cari.com.my dan malaysiaairlines.com laman web tempatan mencatatkan bilangan pengunjung menggunakan komputer paling ramai sepanjang Oktober lalu.
Persatuan Digital Malaysia (MDA) dalam satu kenyataan memberitahu, Maybank2u.com menerima seramai 2,812,000 pengunjung, mudah.my (1,943,000), airasia.com (1,435,000), cimbclikcs.com.my (1,298,000), cari.com.my (1,215,000) dan malaysiaairlines.com (995,000).
Laman web tempatan seterusnya yang menerima bilangan pengunjung teramai adalah thestar.com.my (920,000), hmetro.com.my (857,000), sinarharian.com.my (811,000), pbebank.com (751,000), themalaysianinsider.com.my (720,000), lowyat.net (696,000), therakyatpost.com (683,000), bharian.com.my (678,000) dan jobstreet.com (667,000).
Ranking seterusnya malaysiakini.com (634,000), lelong.com.my (631,000). utusan.com.my (603,000), paultan.org (597,000), digi.com.my (595,000), astroawani.com (552,000), maxis.com.my (532,000), rhb.com.my (520,000), pos.com.my (463,000), astro.com.my (456,000), tonton.com.my (436,000), blogr.my (435,000), beautifulnara.com (434,000), says.com (424,000) dan mylaunchpad.com.my (407,000).
MDA turut mengumumkan Google menerima seramai 12,629,000 pengunjung pada Oktober lalu, Facebook (8,802,000), Yahoo (8,217,000) dan Microsoft (6,201,000), Wikipedia (3,414,000) dan Kumpulan Maybank (2,863,000).
“Kesemua pengunjung laman web ini berusia enam tahun ke atas dan mengakses daripada rumah atau pejabat dengan menggunakan komputer,” kata kenyataan itu hari ini.
MDA turut memaklumkan, laman web Astro menerima bilangan pengunjung paling ramai menggunakan telefon pintar iaitu seramai 2,094,000 pengunjung diikuti Media Prima (1,960,000), The Rakyat Post (1,469,000), Yahoo (1,438,000), cari.com.my (1,355,000) dan mudah.my (1,267,000).
Turutan seterusnya adalah Dua Marhalah (921,000), The Star (882,000), Ask Network (858,000), The Malaysian Insider (776,000), Kumpulan Utusan (767,000), rotikaya.com (669,000), Malaysiakini (687,000), Oriental Daily (677,000), Mode Media (669,000), MCIL Mutlimedia (576,000), Paultan (561,000), Kumpulan Emi (547,000), da Next Media Interactive LTD (538,000).

Sunday, February 26, 2017

Tawaran Belajar Percuma Di Tahfiz, Tempat Terhad!

Kemasukan Pelajar di bawah TAJAAN TAHFIZ.
Maahad Tahfiz Sains Ad-Dawwamah membuka tawaran kepada anak² tuan/puan yang berminat dalam bidang al-Quraan dan agama utk mendaftar di Maahad Tahfiz ini secara percuma di bawah tajaan kerabat di raja Perak.
Kelebihan di Maahad Tahfiz Sains Ad-Dawwamah ialah :
1:Kelas Nasyid/Qasidah di adakan pada setiap petang.
2:Pembelajaran kitab Id'hadi n Thanawi pada sebelah petang.
3:Latihan berdakwah di hadapan pelajar.
4:Belajar membaca kitab Mawlid Di'yaul Lamik, karangan Al-Habib Umar bin Hafidz. (Tarim, Hadramaut, Yemen)
5:Berpeluang melanjutkan pelajaran ke USAS (Universiti Sultan Azlan Shah) dan universiti luar negara.
6:Kelas Bahasa Arab Komunikasi.
7l Mengikuti siri lawatan percuma di beberapa tempat menarik di Malaysia dan luar negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi atau whatsapp kepada :
+60123537313 (Ust. Azmir)
Terima Kasih atas sokongan tuan/puan.
((Tempat terhad & T&S))
((Hebahkan pada yang lain, semoga tidak ada yang melepaskan peluang ini))
((Cari pahala akhirat bersama))

SILA KE FANPAGE BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DETAIL MAAHAD TAHFIZ AD DAWWAMAH

Lawatan ke Teluk Batik



Lawatan ke Penang



Persembahan Qasidah



Lawatan ke Thailand

Wednesday, February 22, 2017

Umur 40, 60 & 70 Tahun

✍ *Umur 40, 60 & 70 Tahun
*

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sbgnya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236, Syeikh Albani mengatakan: hasan shohih].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dgn Allah dgn blajar bgi masa utk agama allah melalui kerja Dakwah dan rajin2 blajar Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dan perbanyakkn yg sunat dan blajar tingalkan larangan insyaAllah.

Perkongsian bersama dan utk diri sendiri..

Wallahualam..

Monday, February 20, 2017

Video Rakaman 8 Remaja Berbasikal Maut





Video Rakaman 8 Remaja Maut

Saturday, February 18, 2017

Tahfiz Untuk DiAmbil Alih Segera!

Sebuah tahfiz yang sudah berjalan utk diambil alih. Bangunan dan prasarana sedia ada. Pelajar dan guru pun ada. Pendaftaran dgn Jabatan Agama Islam pun sudah selesai. Sila whatsapp utk detail 01136565576. Owner tidak mampu nak teruskan kerana kekurangan budget. Boleh dtg tgk tempat sekiranya berminat. Tertakluk kpd terma dan syarat.

Thursday, September 24, 2015

10 Tand Orang Yang Membela Hantu Raya

10 TANDA ORANG YANG MEMBELA HANTU RAYA YANG WAJIB TAHU merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 TANDA ORANG YANG MEMBELA HANTU RAYA YANG WAJIB TAHU.



Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini 

1. Takut bertentang mata apabila bercakap

2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim

3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu

4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat

5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat

6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu

7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan

8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya

9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri. 

10.Kerap bersetubuh. 



Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

Tuesday, September 22, 2015

Inilah Ketum Zaman Moden

Jika diperhatikan senario di sekeliling kita hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, ...


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/

Teknologi yang semakin canggih kini sememangnya memudahkan komunikasi antara satu sama lain. 


Tidak kira jarak, teknologi boleh menghubungkan dua insan meskipun berada beribu batu jauhnya.


Namun, kecanggihan teknologi yang dinikmati masyarakat hari ini juga banyak keburukannya.


Contoh utama penggunaan telefon pintar yang juga menjadi keperluan utama gaya hidup masyarakat hari ini.


sumber foto : https://www.google.com/

Jika diperhatikan senario di sekeliling kita hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, pejabat mahupun tempat belajar, semuanya sibuk dengan gajet sendiri.


sumber foto : http://digital.asiaone.com/

Sayangnya masyarakat hari ini terhadap gajet seperti telefon pintar bagaikan kekasih hati dan hingga ada yang sanggup berpatah balik jika gajet yang menjadi 'nyawa' mereka itu tertinggal di rumah. Bahkan ada yang berasa bagai hidup dalam kegelapan apabila berjauhan dengan telefon pintar.


sumber foto : http://thumbs.dreamstime.com/

Tidak hairanlah jika kita sering melihat keluarga yang berada di restoran tidak berbual sesama sendiri walaupun ahli keluarganya duduk bersama kerana masing-masing sibuk dengan kegiatan di hujung jari.


Mereka bukan saja tidak mendapat kehidupan sosial yang baik, tetapi pada masa sama, seakan-akan ketagih untuk berkomunikasi dengan individu di alam maya.


sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/

Andai dibiarkan lama-kelamaan, situasi berkenaan boleh menjejaskan hubungan persaudaraan dan persahabatan kerana perhubungan sosial menjadi semakin hambar.


Ia sekali gus boleh mengganggu persefahaman dan menjejaskan hubungan kasih sayang antara sesama insan kerana tidak dapat diterapkan dengan lebih sempurna.


sumber foto : http://farm6.static.flickr.com/

Kita mengambil mudah sesetengah perkara dan meminggirkan soal hati dan perasaan orang di sekeliling kita.

Tidak mustahil, hubungan antara ahli keluarga, sahabat-handai atau rakan pejabat menjadi semakin jauh disebabkan kurang interaksi mesra secara langsung antara satu sama lain.

Keadaan itu sememangnya berlawanan dengan tujuan asal penciptaan teknologi komunikasi moden iaitu untuk memudahkan kita berkomunikasi dan merapatkan hubungan persaudaraan sesama insan.


sumber foto : http://www.kosmo.com.my/

Namun, tiada pihak yang boleh dituding jari dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai pendapat. Bagi yang terlalu taasub dengan teknologi dan dunia maya, apa kata ambil masa sejenak memikirkan apa yang terpaksa atau sudah dikorbankan semata-mata mengikut kemahuan minda.

Keluarga, sahabat dan orang yang kita sayang perlu diberi keutamaan sebaiknya. Jadi, berikan sepenuh perhatian apabila bersama mereka dan ketepikan gajet buat sementara.

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/

Berbicaralah dari hati ke hati dan jangan ketinggalan untuk berkongsi perasaan dengan orang yang kita sayangi.

Ini kerana kasih dan sayang anugerah yang terindah daripada Allah untuk setiap hambanya.

Perasaan itu ada dalam hati setiap manusia dan terpulang pada kita sendiri sama ada untuk mempamer atau menyembunyikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...