Posts

Showing posts from July, 2014

Subhanallah Bekas Penasyid Utama Kumpulan Raihan Menyanyi Di Pasar Malam

Image
Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadhan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya.  Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke Pasar-pasar Ramadhan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.  Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Ustaz Nazrey pernah menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu. Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di Pasar-pasar Ramadhan untuk mengutip derma pembiayaan Pusat tahfiz itu.  Terkini Ustaz Nazrey dilihat berada di pasar Ramadhan di Kajang, Selangor.  Jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini, Jom!!! kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. Sumbangan Ikhlas DANA P

Budak 5 Tahun Hafal 30 Jus Al Quran : Juri Cium Tangannya (video)

Image
Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz  Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah  kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa  mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak- kanak itu. Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton  rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan  demi soalan yang diberikan oleh juri serta  para penonton. Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada  dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa  dimuatnaik pada 29 Jun lepas. Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.  “Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.  “Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak