Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati



SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong.

Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.

Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat

Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.



Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut.

Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama.

Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebut.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa Brianna cuba mengejar anak-anaknya dan mahu masuk ke dalam rumahnya.

“Ia tidak benar.. pagar rumah itu bertutup dan Brianna tidak pernah cuba mengejar anak-anaknya,” ujarnya.



Berikut merupakan beberapa gambar Brianna yang diambil menerusi Facebook MDDB:



Bagi kami, perbuatan memanah anjing tersebut sangat tidak wajar dilakukan selagi ada cara lain yang membolehkan ia dihalau dari kawasan rumah.

Setakat ini, laporan polis sudah dimajukan ke Bukit Aman dan sebaiknya biarlah mereka yang melakukan siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi