Posts

Showing posts from October, 2013

Hidup Tak Perlu Kaya

Image
Kaya bukan persoalan penting dalam hidup manusia. Kebanyakan kita runsing apabila persoalan berkaitan kekayaan. Ada bermacam - macam cara diusahakan untuk menjadi kaya. Ada juga yang sudah sedia kaya tetapi masih juga mengejar dan mencari jalan untuk menambah harta. Dalam hidup manusia yang sebenarnya bukan kekayaan yang perlu melingkari kehidupan tetapi apa yang lebih penting adalah cukup . Saya tidak mengajak saudara dan saudari untuk menjadi kaya tetapi saya mengajak kalian untuk menjadi orang yang cukup. Orang yang kaya belum tentu cukup tetapi orang yang cukup pasti kaya. Dan perasaan dan kehidupan yang cukup itu terhasil apabila ada berkat dan rahmat dari Allah. Lihat saja sebagai contoh, seorang perempuan yang keinginannya sentiasa hendak membeli kasut baru atau sebagainya sedang di rumah dia sudah memiliki beberapa sepatu. Ini terjadi apabila dia tidak merasa kecukupan dalam hidup. Pasti sakit dan lelah andai keadaan berterusan seperti ini. Ada orang kaya memiliki

Cara Bomoh Guna Silap Mata Untuk Mencabul Pesakit

Image
Bomoh Guna Silap Mata Untuk Mencabul Anda | Ramai bomoh yang mengatakan mereka ada kuasa ajaib,padahal penipu besar,mereka menggunakan bermacam trik silap mata.Biasanya mereka yang datang ini sakit dan berfikiran serabut,maka apapun yang dikatakan bomoh ,,mereka hanya anggukkan kepala. Dari telur Keluar pisau cukur,paku,darah,kaca dan mcm2 lagi. Perut anda sakit gila,kemudian pergi jumpa seorang bomoh,lalu bomoh itu mengatakan anda terkena santau,maka dengan mulut kumat kamit dia baca mentera palsu dan telur diurutkan pada bahagian sakit. kalau bomoh gatal,pada bahagian kemaluan yang tak sakit biasanya dia suka urut. Setelah selesai dan puas urut.maka disediakan besen..lalu telur tadi dipecahkan dalam besen tersebuat.Kemudia terkejut besarlah org melihatnya kerana bermacam benda pelik keluar,paku,jarum,pisau cukur dan darah segar. Dan..kemudia penyakit anda “sembuh’ Kemudian dengan senang hati korang pun bagi duit pada bomoh penipu tersebut. Rahsian

Lagi Kes Rompak Oleh Pengawal Keselamatan, Menggunakan Mykad Palsu.

Image
PETALING JAYA : Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pagi tadi. Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek berasal dari Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan. Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan. Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya. Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan. Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli k

Anak Derhaka Makan McD VS Ibu Makan Ikan Masin

Image
Anak Ketika hangat diperkatakan di Facebook, seorang lelaki bergelar Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi sepasang kekasih secara tidak sengaja telah terdengar perbualan di antara seorang anak dan ibunya.   Apa yang mengharukan, perbualan yang didengari Alfarouq Fadli itu berkisar tentang seorang anak gadis yang meminta duit belanja dari ibunya yang miskin dikampung. Sedangkan ketika itu dia sedang enak menikmati makanan di MacDonald sedangkan ibubapanya hanya menikmati ikan masin sahaja di kampung. Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya. Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas Sekolah Close Ad    

Masya Allah, Kubur Dikorek Mayat Masih Tak Reput Malah Wangi(Video)

Image
kejadian ni berlaku di Dar'aa, Syria, antara tempat terawal tercetusnya peperangan.mereka menanam jasad syuhada di taman permainan berdekatan rumah-rumah mereka ketika peperangan berlakujasad tersebut ditanam dengan tidak sempurna kerana bimbang jika dibiarkan tentera asad laknatullah akan mengambil mayat tersebut dan merosakkannya. Bila keadaan kembali aman sedikit, mereka gali balik tempat tersbut untuk disempurnakan jasad perwira syahid ini dan ketika itulah mereka tercium bau wangi, bahkan jasad mereka pun masih lembut lagi. Cuba tengok kedalaman kubur itu, sepatutnya kubur yang sempurna le bih dalam kan? "janganlah kamu menyangka mereka yang dibunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi tuhan mereka dan diberi rezeki" Allahu akbar!! Selamat Berkongsi Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas

Saya Tak Mahu Kaya Tapi Saya Harus Kaya...

Image
Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku tentang menjadi orang kaya. Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert Kiyosaki Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu dari sudut yang berbeza. Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi dunia pada masa akan datang. Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan miskin. Perkara ini boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah yang dialami dunia pada hari ini seperti, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai dolar, mentaliti subsidi,

Pengawal Keselamatan Sebuah Bank Melepaskan Tembakan Lagi...

Image
     GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang. “Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah. “Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

Tanda-Tanda Kematian Hampir Tiba

Image
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”. Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah

Cubaan Ragut Guna MPV Pula, Saksikan Video Ini

Image
PERCUBAAN penjenayah untuk meragut barang berharga daripada orang ramai kini tidak terhad kepada penggunaan motosikal sebaliknya penjenayah sudah mula menggunakan kereta. Dalam satu rakaman video di laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) menunjukkan penjenayah menggunakan sebuah kereta MPV untuk menjalankan kegiatan itu. Video berkenaan yanga hanya selama 19 saat menunjukkan mangsa seorang wanita yang pada awalnya sedang berjalan kaki di sebelah MPV berkenaan. Tiba-tiba pintu MPV berkenaan dibuka dan beg tangan wanita berkenaan cuba diragut seorang lelaki tetapi gagal lantas penjenayah melarikan diri dengan kenderaan MPV itu. Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu sememangnya mengejutkan wanita itu yang hanya berjalan kaki tanpa memikirkan sebarang bahaya yang bakal berlaku ke atas dirinya. Kejadian berlaku di Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 12.26 tengahari semalam, menurut pengguna Facebook yang berkongsi

Bil Elektrik Dan Bil Air Rumah PM RM2.5 Juta

Image
Bil Elektrik Dan Bil Air Rumah PM RM2.5 Juta? | Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012. Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut. Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke. Anthony bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.   sumber: aiskosong.com  

Rahsia Penduduk Mekah Panjang Umur

Image
KENAPA PENDUDUK MEKAH BERUMUR PANJANG | Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi. Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu. Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7) Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada

Video Ini Telah Mendapat Tontonan Lebih 5.2 Juta Di Youtube Dalam Masa 3 Hari!

Image
Susulan bantahan beramai-ramai wanita Arab Saudi terhadap undang-undang melarang mereka memandu, terbit sebuah video satira yang kini menjadi viral di internet. Video berjudul ‘No Woman, No Drive’ ini pada mulanya menjadi video YouTube paling popular di Arab Saudi dan lain-lain negara Arab, seterusnya mencetus perhatian mendadak dari Afrika Selatan sampailah ke Denmark dan Kanada. Video ini dihasilkan oleh pelawak Hisham Fageeh, 26, sebagai respon terhadap bantahan wanita di negaranya terhadap undang-undang memandu. Begitu pun Hisham bertindak bijak apabila menyembunyikan sama ada dia menyokong mahu pun tidak isu tersebut dalam video satiranya yang diubahsuai daripada lagu popular Bob Marley berjudul No Woman, No Cry ini. Setakat hari ini, video No Woman, No Drive telah mendapat jumlah tontonan lebih 5.2 juta di laman YouTube selepas dimuatnaik pada 26 Oktober lalu. – REM RAMZI

Anak Gadis Ini Hilang, Tolong Sebarkan

Image
 Fatin Afifah Mohd. Fadzil  Mohon Kepada Semua Pembaca Tolong Sebarkan Berita Ini - Pelajar Tingkatan 4, Fatin Afifah Mohd. Fadzil Dilaporkan Hilang Semasa Ke Sekolah. Kepada semua pembaca blog ini, admin ingin memohon bantuan ikhlas dari anda semua agar dapat memberi maklumat kepada pihak berkuasa jika terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kehilangan seorang pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Khir Johari, Sg. Petani, Kedah. (gambar diatas). Kepada mereka yang mempunyai maklumat tolong laporkan dimana-mana Balai Polis yang berdekatan ditempat anda atau terus berhubung dengan ibunya Puan Zarina Mohd. Noor - 0175847659. Terima kasih.

Cara Menghadapi Godaan Nafsu Dan Syaitan

Image
Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan. Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat dengan anjing itu pada ketika itu?". Jawab si murid: "Akan aku ambil batu dan lempar ke arah anjing itu agar aku mengusirnya". Tanya gurunya lagi: "Tapi jika setelah itu, dia datang lagi di hadapan pintu itu?" "Akan aku lempar lagi dengan batu yang kedua" jawabnya. Dan setiap kali gurunya bertan