Ustaz Kazim Kesal Tolak MT Umno
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.
Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.
Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.
“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.
Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.
“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.
“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.
“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.
Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.
Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?
Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.
Comments
Post a Comment