Posts

Showing posts from March, 2017

Tun Mahathir Sedia Bantu Pulihkan Hubungan Korea Utara Dengan Malaysia

Image
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, sekalipun telah terjalin sejak 1973, tapi hanya mula menjadi rapat pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 2002, pemimpin nombor dua Korea Utara, Kim Yong Nam, datang melawat Malaysia – kunjungan pertama seumpamanya oleh pemimpin negara itu ke negara ini.  Setahun selepas itu – ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, kedua-dua negara membuka kedutaan di negara masing-masing. Secara mudahnya, Tun Mahathir mungkin bukan pemimpin yang membuka hubungan diplomatik dengan Korea Utara tapi beliau adalah pemimpin Malaysia pertama yang merapatkan hubungan antara dua buah negara ini. Justeru, tidak dapat tidak, dalam krisis dengan Korea Utara sekarang,  pengaruh Tun Mahathir ke atas negara itu tidak boleh diketepikan. Maka itu, ada cadangan agar Tun Mahathir masuk campur dalam soal 11 warganegara Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara sekarang kerana pentadbiran Najib di

Hanya Wali Yang Kenal Wali

Image
3 tahun yang lalu Saya memulai tulisan ini dengan doa, “Yang Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Memberi Petunjuk, tuntun dan bimbilah kami agar mengenal salah seorang kekasih-Mu di muka bumi ini sehingga atas bimbingan kekasih-Mu kami bias mengenal Engkau sebagai mana diri-Mu ingin dikenal, Amin”. Imam Al-Ghazali ketika ditanya tentang Seorang Pembimbing Rohani, Guru Mursyid yang tidak lain adalah seorang Wali Allah, Beliau berkata, “Menemukan Guru Mursyid itu Lebih mudah menemukan sebatang jarum yang disembunyikan di padang pasir yang gelap gulita”. Bisa kita bayangkan bagaimana sulitnya menemukan sebatang jarum ditengah padang pasir di gelap gulita, dalam kondisi terang pun akan sulit menemukannya. Ungkapan Al-Ghazali yang digelar sebagai “Hujjatul Islam” tidaklah berlebihan, coba kita simak beberapa dalil berikut tentang Wali Allah : Dalam hadits Qudsi, “Allah berfirman yang artinya: “Para Wali-Ku itu ada dibawah naungan-Ku, tiada yang mengenal mereka dan

Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?

Image
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang. Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula. “Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi. “Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus. “Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang. “Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya. Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu. “Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk