Posts

Showing posts from October, 2017

Arahan Sultan, Tauliah Dr Zamihan Mat Zin Ditarik Balik

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto ihsan Istana Selangor Sultan Selangor berkenan tarik balik tauliah Zamihan Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my Share   Tweet   Share SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya tauliah mengajar yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, ditarik balik. Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. "Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan