Dihalau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin
ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya sampai sekarang acik tak habis berfikir tentang pekara ini, kenapa manusia ini lebih mementing status , pangkat dan darjah seseorang itu ?
Kalau dia kaya, berharga yang banyak mesti di sanjung dan di si miskin mesti di hina ? Adakah penting sangat pangkat dan darjat di mata kamu ?
Ia acik tahu itu melihatkan usaha dan krebiliti kamu dalam pekerjaan kamu dan bersungguh serta bekerja keras untuk dapatkannya. Tetapi kenapa perlu bongkak dan berlagak?
Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.
Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.
Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.
Paling sedih apabila ada kawan ceritakan pada acik,bulan lepas dia ada dapat jemputan ke sebuah majlis perkahwinan anak kawan mak dia, majlis perkahwinanan yang Grand, biasalah anak kaya.
Ketika di majlis sedang berlangsung, tiba-tiba keadaan jadi riuh apabila keluarga pihak lelaki tidak di benarkan masuk ke dalam utama kerana pakai mereka yang biasa-biasa. Tetapi di leraikan dan di benarkan masuk kerana ramai mata yang memandang
Tiba dipertengahan majlis tiba-tiba pengantin perempuan menghalau pihak keluarga pengantin lelaki kerana ingin memberi tempat itu kepada tetamu kenamaan.
lalu bangunlah seluruh ahli keluarga pihak pengantin lelaki ke tempat belakang pentas kerana tempat makan sudah penuh masa itu.Boleh dikatakan tiada seorang pun ahli dari pihak pengantin wanita yang melayani pihak lelaki.Bila ke belakang pentas, kawan acik cuba cuba berbual dengan keluarga pihak pengantin lelaki.
Terdengar kata ibu pengantin lelaki :
" kami ni orang susah , anak mak cik kawen dengan orang berada,makcik tak kisah pun kena halau sebab majlis ni pun kami langsung tak keluar satu sen pun sekadar mas kawen je anak makcik bagi, yang lain-lain majlis perkahwinan ni ditanggung oleh pihak perempuan"
selepas habis majlis tu, memang tak nampak lagi mereka sekeluarga, ada mengatakan bahawa mereka di suruh keluar ikut laluan belakang.
Ya Allah,hina sangatkah mereka ni sehingga dilayan sebegitu rupa? tanpa tempat duduk ,tanpa layanan apatah lagi makanan disediakan.Astagfirullah macam inilah yang berlaku di akhir zaman.Bila kaya harta sedikit terus nak layan orang Double Standard.Sudah lupakah bagaimana Siti Khadijah r.a yang kaya raya mengahwini Baginda Rasulullah SAW , lihat bagaimana Beliau melayani Baginda, sedangkan baginda tiada punyai wang harta dan akhirnya siti Khadijah r.a menginfakkan seluruh hartanya untuk Rasulullah SAW berjihad dalam islam.Kita ini siapa nak menghina orang sedangkan kitai ni Allah bagi sedikit harta saja terus dah takabur.Siapalah kita ini kalau nak dibandingkan dengan Siti Khadijah r.a dengan segala pengorbanan beliau itu?
Itulah manusia yang sering lupa diri, Allah beri nikmat sedikit sahaja dah takbur, kalau Allah tarik nikmat tersebut menyesal tak berguna. Beringat wahai sahabat sekalian harta tak menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat nanti.
Comments
Post a Comment