Betulkah Obama Berjumpa Anwar Ibrahim Secara RAHSIA?

1. Pada jam 11 pagi tadi Obama telah selamat berlepas di Lapangan Terbang Subang ke US. Maka saya terpanggil untuk menganalisis sesi lawatan tersebut.

2. Sebenarnya Lawatan Barack Obama ke Malaysia dari 26 hingga 28 April 2014 ini adalah lawatan kedua selepas lawatan pertama yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-36, Lyndon Baines Johnson 48 tahun yang lalu pada Ahad Oktober 30, 1966, dalam jadual lawatan “Asian Odyssey”.

3. Antara tujuan utama lawatan Barack Obama ke Malaysia antara salah satunya adalah bagi membincangkan mengenai TPPA, WMD dan Visa Waiver.

4. Kehadiran Obama ini adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi, sosio-politik dan sekuriti Malaysia dan rantau Asia secara amnya, justeru ketibaan individu nombor 1 dunia ini sudah pasti akan menarik mata ramai pihak dan secara tidak langsung, ia mampu menggugat keselamatan orang terpenting di dunia.

Foto: FB Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat Di Malaysia.


5. Untuk makluman, sebelum tibanya Presiden Obama ke Malaysia, kerja-kerja bagi menjamin keselamatan Presiden dan kelancaran program telah diatur dan disusun rapi dua bulan terdahulu. 

6. Namun kerapian keselamatan Presiden Amerika itu lebih dititik beratkan dan pihak Amerika telah menghantar unit keselamatan mereka seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Intelligence Inteligence lain ke Malaysia pada awal Februari lalu bagi memantau, menyusun, meneliti serta mengaplikasi keselamatan secara total dan tahap tinggi untuk Presiden Amerika tersebut.

7. Menariknya lokasi penginapan Obama di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur diambil selia oleh "special squad" Obama dalam aspek kawalan keselamatan, pemakanan, perkakasan, malah sudu garpu untuk Presiden menjamah juga dikendalikan sendiri oleh satu pasukan Pantri Khas. Special squad ini turut menukar lapis dinding Bilik Penginapan Presiden Obama dengan menukar cermin bilik kepada cermin kalis peluru serta dinding kalis letupan.

8. Pada pandangan kasar saya, hotel terbaik di Kuala lumpur pada kaca mata kedutaan US adalah Ritz Carlton. 


Foto: FB Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat Di Malaysia.


9. Berbicara bab keselamatan entouragenya pula, terbukti secara jelas melalui kenderaan yang dinaiki Obama. Dua unit kenderaan 'The Beast' jenis Cadillac itu diterbangkan khas oleh pesawat Tentera Udara Amerika, C-17 Globemaster III dari Amerika ke Malaysia yang merupakan kenderaan rasmi Presiden Amerika dan kenderaan itu juga mampu menjadi kereta perisai buat Presiden malah berupaya menjadi klinik bergerak serta mampu menjadi bilik kawalan tentera mini yang menyertai rombongannya. 

10. 'Entourage' keselamatan peribadi yang mengiringi Obama turut dilengkapi dengan beberapa lapisan unit khas 'US Seal' yang dilengkapi dengan peralatan lengkap menyerang dan bertahan.

11. Tahukah kita ketika Presiden Obama hendak keluar dari Ritz Carlton menuju ke kereta rasminya, satu khemah putih dipasang sepanjang perjalanan tersebut bagi menyembunyikan kereta yang manakah dinaiki oleh Obama. Begitulah dahsyatnya rakyat US menjaga Presiden mereka.

12. Seliaan keselamatan tinggi itu juga turut melibatkan lokasi yang bakal dilawati oleh pemimpin berkenaan termasuklah di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Dewan Sri Perdana. Seluruh inci di kediaman rasmi Perdana Menteri itu telah diambil selia dan telah diganti sesuai dengan citarasa dan kehendak intelligence yang dikerah ke situ sehingga membenamkan ciri asal kediaman tersebut kepada ciri keselamatan 'White House'. Pada majlis tersebut, dengan limpahan Mat Salleh nyata kenampakan seperti kita berada di US.

13. Dalam majlis di Sri Perdana, pasukan squad bom US akan membuat pemantauan kawasan setiap 15 minit sekali dan berkawal seperti pemegang tombak di Istana. Yang manisnya, nyata seorang Presiden US sangat meminati buah manggis dan langsat. Buah-buahan tempatan ini juga telah dirasa dan diuji terlebih awal oleh pasukan khasnya.

14. Oleh yang demikian, apabila pasukan keselamatan US telah menjejaki semua kawasan Sri Perdana, saya menyarankan agar pasukan keselamatan negara perlu membuat semakan pembersihan kepada setiap inci kawasan dan penjuru yang telah dijejaki oleh pasukan keselamatan US ini demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

15. Selain itu, jika kita berkesempatan berada di lebuh raya yang akan dilalui Obama, kita akan mendapati terlebih awal jalan tersebut ditutup dan jika entourage tersebut melalui sesebuah jambatan maka pasukan keselamatan juga sudah bersiap-siaga di bawah jambatan tersebut.

16. Sepanjang program rasmi Obama, seliaan keselamatan tahap tinggi juga turut merangkumi aspek pengawalan media dari segi 'veting' pas kepada wartawan bertugas yang mana pas tersebut hanya layak digunakan oleh individu yang telah berdaftar serta penggunaan pas tersebut tidak boleh ditukar hak milik dan hanya individu terbabit sahaja yang layak bertugas sepanjang tempoh lawatan Presiden Obama di Malaysia.

17. Dalam kawalan ketat keselamatan ini, masih juga ada lompang-lompang kecil semasa sesi Talk Obama di Universiti Malaya. Dilaporkan hadir sekelompok kecil kumpulan mahasiswa berbaju kuning mengangkat sepanduk manila kad membantah TPPA. Malah Nurul Izzah dan Nik Nazmi dapat meloloskan diri sebagai antara hadirin yang hadir. Dimaklumkan Obama pula sempat bertemu Nurul Izzah dihujung sesi di UM. 

18. Persoalan saya, siapakah yang mengatur perjumpaan Obama dengan Nurul Izzah secara tidak rasmi ketika di UM ? Adakah ia secara tidak sengaja ? Mengapa Duta US di Malaysia menganjurkan program tersebut di UM yang merupakan kawasan demontrasi dan kubu PKR (Lembah Pantai).

19. Selepas sesi di UM, jadual Obama dimaklumkan kosong tiada sebarang program rasmi. Seorang Presiden berehat dari petang hingga ke malam ? Kemusykilan yang timbul, adakah wujud kebarangkalian Anwar Ibrahim bertemu Obama di Ritz Carlton secara rahsia. Adakah pasukan keselamatan Malaysia berkawal di kawasan tersebut untuk memantau gerak geri mereka ?

Foto: FB rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim


20. Pelbagai spekulasi boleh diungkapkan dan diperkirakan dalam waktu tempoh rehat tersebut. Sebagai Presiden, beliau juga perlu menjaga keseimbangan kuasa bagi kedua-dua belah pihak. Jangkaan ini tidaklah mustahil.


21.Apatah lagi pendirian Obama yang menyatakan bahawa Malaysia tidak akan maju selagi hak kesaksamaan tidak diamalkan secara subur. Bagi saya, kenyataan ini adalah hasil pengalaman hidupnya di US yang berasal dari seorang kulit hitam kemudian diangkat sebagai Presiden. Tidak mustahil semua spekulasi ini berdasarkan isu kerahsian keselamatan, jadual kekosongan dan asas pendiriannya.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?