Posts

Showing posts from November, 2013

Konflik Syria Petanda Akhir Zaman

Image
Ustaz Nazmi Karim menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam. KEMATIAN  rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Sy...

Ustaz Kazim Elias Jawap Makian Di Facebook

Image
Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya, sebentar tadi. Antara lain, Ustaz Kazim menulis, “Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus”. “Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik. “Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham,” luahnya lagi. Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama kepada masyarakat di luar sana. Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya sebaliknya selepas ini, beli...

Negara Ini Haramkan Islam Dengan Meruntuhkan Masjid-Masjid!

Image
Kalau sebelum ini tao ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan. Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya. Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu. ” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya. DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya. “Tindakan mereka tidak masuk akal dan sanga...

Ustaz Kazim Elias Dilantik Ahli Majlis Tertinggi Umno

Image
PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim. Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno. "Pelantika...

Rahsia Kekal Sihat Pada Usianya 107 Tahun

Image
 CUCU Saadiah, Adila Hashim memberikan kopi O kepada neneknya.   Kepala Batas: Kopi ‘O’ dan ulam pegaga antara amalan rahsia seorang warga emas terus kekal sihat pada usianya kini 107 tahun. Kelewatan membuat kad pengenalan diri ketika kecil menyebabkan tarikh lahir sebenar Saadiah Hamad dari Simpang Empat Permatang Buloh, dekat sini, tidak mencatatkan usia sebenarnya, sebaliknya dia diletakkan berusia 99 tahun. Menurut Saadiah, kesukaran hidup ketika kecil menyebabkan keluarganya lewat membuat kad pengenalan diri selain dokumen penting kelahirannya hilang. “Kalau tanya petua untuk usia panjang, saya ada petua khusus iaitu kuat makan ulam pegaga dan mengkudu serta minum kopi ‘O’ tanpa tapis sejak muda,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Abdullah Hassan, di sini, semalam.   Saadiah mempunyai tujuh anak, tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia ketika masih kecil manakala anak sul...

Amy Search Kagum Tengok Anggota Kumpulan Bunkface Solat

Image
GAMBAR: Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan Bunkface Solat PENYANYI   rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat mereka . Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. ” Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface,  walaupun waktu berkerja solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya. Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka. Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah air kita, InsyaAllah.   GAMBAR: Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan ...

Awie Maut Nahas Kemalangan.

Image
Benarkah apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Dalam kejadian, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah dikepala. Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah,muka sahaja yang sama, dan digelar 'Awie' dikalangan rakan beliau.Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah. Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu...

Isteri Umur 13 Tahun Dicerai Talak 3

Image
MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu? Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu. Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552. Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka. Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat. Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa...

Awas Jika Miliki 10 Saman (Ops Khas Cantas Trafik)

Image
Kuala Lumpur, 26 November : Pesalah trafik yang mempunyai lebih 10 saman diberi pilihan sama ada ke mahkamah atau membayar saman berkenaan segera bagi mengelak mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang kini sedang giat dijalankan secara berperingkat ke seluruh negara. Dalam Op Cantas Khas Trafik yang diadakan di lima lokasi terpilih iaitu Jalan Davis menghala Bukit Bintang, Sri Petaling, Kepong, Kuchai Lama dan Lebuh raya DUKE, semalam seramai 18 individu ditahan. Pegawai Turus Penguat Kuasa Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, 18 individu ditahan membabitkan 442 pemeriksaan di lima lokasi sekatan jalan raya itu.   Menurutnya, Op Cantas Khas Trafik itu berlangsung selama empat jam bermula kira-kira  jam 10.30 pagi   dengan kekuatan enam pegawai dan 30 anggota. “Setiap individu yang ditahan memiliki sekurang-kurangnya satu waran tangkap atas kesalahan trafik. Seramai 13 individu menjelaskan saman berkenaan manak...

Kucing Menderita Dua Kaki Kena Potong Akhirnya Mati

Image
  Sedih! Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Akhirnya Mati (Foto+Video)  | Mungkin ada di antara kita pernah mengenali nama Hero seekor kucing yang kehilangan kedua-dua kakinya. Kisah kehidupan Hero ini sudah lama mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai yang menghulurkan  sumbangan untuk Hero . Namun satu berita yang mendukacita buat kita semua, apabila kucing Hero ini telah mati akibat  serangan penyakit Leukimia . Hero telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia amat sayang padanya biarpun ia hanya seekor haiwan. Anda boleh tonton video di atas ini. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu  Mohd Hairey Yahya  atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila  Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakiny...

Anak Melakukan Hubungan Seks Dengan Ayah Secara Rela

Image
KAJANG – Seorang peniaga hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 21 tahun. Teoh Boon Huang, 46, telah dituduh di Mahkamah Sesyen kerana melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Cheras Perdana. Dia berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin  hingga kesnya disebut pada 24 Disember ini. Dalam laporan akhbar sebelum ini, dikatakan suspek  telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya setiap kali isterinya tiada di rumah. Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa bekerja tidak campur tangan dalam perkara tersebut. Sumber polis berkata, pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ay...

Syiah Benarkan Liwat Isteri!

Image
PUTRAJAYA – Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas’od, berkata nikah mutaah amat dimuliakan di kalangan pengikut syiah dan perkara itu memang diajar guru Syiah kepada anak murid yang ingin mendalami fahaman itu. “Malah, mereka buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. “(Jadi) Tidak dapat dinafikan perkara itu (nikah mutaah) adalah satu faktor yang menarik orang ramai masuk Syiah tak kira dewasa atau remaja, mengikut statistik yang kita ada seramai 141 individu yang membuat perakuan sumpah pengikut syiah di negara kita, dan kebanyakannya adalah lelaki,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ce...