Kucing Menderita Dua Kaki Kena Potong Akhirnya Mati


 
hero1

Sedih! Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Akhirnya Mati (Foto+Video) | Mungkin ada di antara kita pernah mengenali nama Hero seekor kucing yang kehilangan kedua-dua kakinya. Kisah kehidupan Hero ini sudah lama mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai yang menghulurkan sumbangan untuk Hero. Namun satu berita yang mendukacita buat kita semua, apabila kucing Hero ini telah mati akibat serangan penyakit Leukimia. Hero telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia amat sayang padanya biarpun ia hanya seekor haiwan. Anda boleh tonton video di atas ini.
Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.
hero-4
Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki
Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individu yang tidak berhati perut. Mujurlah Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.
Punca Kematian Hero
Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November 2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman rasmi ” KakiMotong FanClub”.
Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia
hero
sumber: melayukini.net

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi