PUTRAJAYA – Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas’od, berkata nikah mutaah amat dimuliakan di kalangan pengikut syiah dan perkara itu memang diajar guru Syiah kepada anak murid yang ingin mendalami fahaman itu.
“Malah, mereka buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.
“(Jadi) Tidak dapat dinafikan perkara itu (nikah mutaah) adalah satu faktor yang menarik orang ramai masuk Syiah tak kira dewasa atau remaja, mengikut statistik yang kita ada seramai 141 individu yang membuat perakuan sumpah pengikut syiah di negara kita, dan kebanyakannya adalah lelaki,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk Kesesatan dan Fahaman Syiah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.
Ceramah kira-kira dua jam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Majlis turut dihadiri 70 tetamu yang terdiri daripada ahli Bakti, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Mohd Aizam berkata, ketika ini terdapat kira-kira 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia dan sebahagian besar berada di Iran, Iraq, India, Pakistan, Bahrain, negara Teluk dan Afghanistan; manakala di Indonesia dianggarkan terdapat dua juta pengikut Syiah.
“Di Thailand pula dianggarkan sekitar 21,000 khususnya di Selatan Thailand yang juga berjiran dengan beberapa negeri di Semenanjung seperti Kelantan, Perlis dan Kedah, manakala di Singapura juga terdapat kira-kira 5,000 pengikut.
“Di Malaysia pula terdapat antara 1,500 hingga 2,000 pengikut khususnya orang Melayu tidak termasuk warga asing yang datang melancong, belajar atau menetap sementara di negara ini,” katanya.
Beliau turut mendedahkan modus operandi untuk menyebarkan fahaman Syiah di negara ini termasuk membuat permohonan supaya Syiah dijadikan mazhab sah, menyebarkan risalah perpaduan di masjid dan surau mengajak bersatu dengan mereka di atas nama al-Quds dan menyusup menerusi agensi pelancongan dengan menyebarkan buku Syiah melalui pangkalan data pelanggan mereka yang menunaikan haji atau umrah.
Selain itu, katanya pengikut syiah juga mengupas isu global; membuat perakuan sumpah bahawa mereka pengikut Syiah dan menyusup menerusi novel sastera seperti novel yang ditulis Faizal Tehrani berjudul Perempuan Nan Bercinta.
“Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita… malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.
“Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh JAKIM. Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi,” katanya.
Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.
“Penyelewengan seksual dalam Syiah berat sebenarnya, ia bukan sekadar mutaah, tetapi dalam Syiah juga mengharuskan liwat, fatwa Khoemaini dalam kitab Tahrir al-Wasilah menyebut harus meliwat isteri.
“Itu sebab kita kata ajaran Syiah betul-betul mendiskriminasi kaum wanita, yang tak sepatut dan logik seorang wanita masuk Syiah, ajaran ini meruntuh dan merosakkan maruah wanita, ini bukan memperjuang hak asasi tetap meruntuhkan hak asasi,” katanya.
Mohd Aizam berkata, sehingga kini 14 negeri sudah mengharamkan ajaran Syiah dan 12 negeri sudah mewartakan undang-undang itu, manakala dua lagi negeri iaitu Sabah dan Sarawak belum berbuat demikian. – Harian Metro
PUTRAJAYA - Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata nikah mutaah amat...
PUTRAJAYA - Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata nikah mutaah amat dimuliakan di kalangan pengikut syiah dan perkara itu memang diajar guru Syiah kepada anak murid yang ingin mendalami fahaman itu. <strong>"Malah, mereka buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.</strong> <strong>"(Jadi) Tidak dapat dinafikan perkara itu (nikah mutaah) adalah satu faktor yang menarik orang ramai masuk Syiah tak kira dewasa atau remaja, mengikut statistik yang kita ada seramai 141 individu yang membuat perakuan sumpah pengikut syiah di negara kita, dan kebanyakannya adalah lelaki," katanya.</strong> Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk Kesesatan dan Fahaman Syiah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini. Ceramah kira-kira dua jam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Majlis turut dihadiri 70 tetamu yang terdiri daripada ahli Bakti, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Mohd Aizam berkata, ketika ini terdapat kira-kira 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia dan sebahagian besar berada di Iran, Iraq, India, Pakistan, Bahrain, negara Teluk dan Afghanistan; manakala di Indonesia dianggarkan terdapat dua juta pengikut Syiah. "Di Thailand pula dianggarkan sekitar 21,000 khususnya di Selatan Thailand yang juga berjiran dengan beberapa negeri di Semenanjung seperti Kelantan, Perlis dan Kedah, manakala di Singapura juga terdapat kira-kira 5,000 pengikut. "Di Malaysia pula terdapat antara 1,500 hingga 2,000 pengikut khususnya orang Melayu tidak termasuk warga asing yang datang melancong, belajar atau menetap sementara di negara ini," katanya. Beliau turut mendedahkan modus operandi untuk menyebarkan fahaman Syiah di negara ini termasuk membuat permohonan supaya Syiah dijadikan mazhab sah, menyebarkan risalah perpaduan di masjid dan surau mengajak bersatu dengan mereka di atas nama al-Quds dan menyusup menerusi agensi pelancongan dengan menyebarkan buku Syiah melalui pangkalan data pelanggan mereka yang menunaikan haji atau umrah. <strong>Selain itu, katanya pengikut syiah juga mengupas isu global; membuat perakuan sumpah bahawa mereka pengikut Syiah dan menyusup menerusi novel sastera seperti novel yang ditulis Faizal Tehrani berjudul Perempuan Nan Bercinta.</strong> "Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai. "Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh JAKIM. Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," katanya. Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya. <strong>"Penyelewengan seksual dalam Syiah berat sebenarnya, ia bukan sekadar mutaah, tetapi dalam Syiah juga mengharuskan liwat, fatwa Khoemaini dalam kitab Tahrir al-Wasilah menyebut harus meliwat isteri.</strong> <strong>"Itu sebab kita kata ajaran Syiah betul-betul mendiskriminasi kaum wanita, yang tak sepatut dan logik seorang wanita masuk Syiah, ajaran ini meruntuh dan merosakkan maruah wanita, ini bukan memperjuang hak asasi tetap meruntuhkan hak asasi," katanya.</strong> Mohd Aizam berkata, sehingga kini 14 negeri sudah mengharamkan ajaran Syiah dan 12 negeri sudah mewartakan undang-undang itu, manakala dua lagi negeri iaitu Sabah dan Sarawak belum berbuat demikian. - Harian Metro
MENUBUHKAN sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya. Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD. Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing ber...
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit. Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank. Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini. Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup. Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya. gambar ic suspek
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malays...
Comments
Post a Comment