MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?
Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.
Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.
Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.
Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.
Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.
Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya.
Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro.
Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.
Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.
Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini.
Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Ramai yang menjadikan ‘elak zina’ sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya.
Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.
Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini.
MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu? Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu. Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas...
<strong>MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?</strong> Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu. Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552. Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka. Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat. Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/gadis-13-tahun-kahwin.jpg"><img class="alignnone size-medium wp-image-213553 aligncenter" alt="Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak Tiga" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/gadis-13-tahun-kahwin-300x205.jpg" width="300" height="205" /></a> Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya. Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro. Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja. Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran. Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini. Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu. Ramai yang menjadikan 'elak zina' sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya. Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat. Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini. Oleh: <strong>ELZA</strong>
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit. Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank. Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini. Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup. Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya. gambar ic suspek
MENUBUHKAN sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya. Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD. Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing ber...
Assalamualaikum & Salah Hormat buat anda yang masih kekal setia membaca blog saya ini. Pada post kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dan saya amat yakin sekali ianya bakal memberi manfaat buat anda. Post pada kali ini ditujukan khusus buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Ianya berkaitan malam pertama pengantin anda. Berikut saya kongsikan 7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin KLIK DI SINI anda dengan penuh nikmat dan memuaskan. Sama-sama kita ikutinya ... Tips 1: Pastikan tubuh badan anda bersih dariapda segala kekotoran. Mandi terlebih dahulu sebelum anda mulakan pelayaran bahtera malam pertama pengantin anda. Ini bagi memastikan badan anda akan berasa segar dan wangi. Pasangan anda akan merasa lebih selasa apabila ingin memulakan seks bersama anda. Tips 2: Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangs...
Comments
Post a Comment