Wednesday, November 27, 2013

Awie Maut Nahas Kemalangan.

Awie' Maut
Benarkah apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Dalam kejadian, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah dikepala.

Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah,muka sahaja yang sama, dan digelar 'Awie' dikalangan rakan beliau.Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


 “Mangsa dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan raya,” katanya.

 

Takziah buat keluarga Arwah~

sumber: http://lipslikesugar87.blogspot.com

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...