Wednesday, October 30, 2013

Pengawal Keselamatan Sebuah Bank Melepaskan Tembakan Lagi...

SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang    
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.
“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.
“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...