Posts

Showing posts from September, 2015

10 Tand Orang Yang Membela Hantu Raya

Image
10 TANDA ORANG YANG MEMBELA HANTU RAYA YANG WAJIB TAHU merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 TANDA ORANG YANG MEMBELA HANTU RAYA YANG WAJIB TAHU. Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini  1. Takut bertentang mata apabila bercakap 2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim 3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu 4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat 5. Walaupun usi...

Inilah Ketum Zaman Moden

Image
Jika diperhatikan senario di sekeliling kita hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, ... Oleh : TS LOO sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/ Teknologi yang semakin canggih kini sememangnya memudahkan komunikasi antara satu sama lain.  Tidak kira jarak, teknologi boleh menghubungkan dua insan meskipun berada beribu batu jauhnya. Namun, kecanggihan teknologi yang dinikmati masyarakat hari ini juga banyak keburukannya. Contoh utama penggunaan telefon pintar yang juga menjadi keperluan utama gaya hidup masyarakat hari ini. sumber foto : https://www.google.com/ Jika diperhatikan senario di sekeliling kita hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, pejabat mahupun tempat belajar, semuanya sibuk den...

Najib Naikkan BR1M Lagi

Image
AHMAD HUSNI (dua kiri) meluangkan masa melihat kanak-kanak menggunakan kemudahan gajet di perpustakaan pada Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Tambun, Ipoh semalam. IPOH – Kerajaan akan terus menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kenaikan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada tahun depan.   Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut pada pembentangan Bajet 2016 tidak lama lagi. “Kerajaan mempunyai kemampuan dari aspek kewangan untuk terus menyalurkan BR1M pada tahun hadapan walaupun negara berdepan kemerosotan ekonomi.   “Kenaikan jumlah BR1M bukanlah satu tindakan drastik oleh kerajaan. Walaupun pendapatan negara tidak begitu tinggi namun, ia mencukupi untuk pihak kerajaan mengeluarkan dana untuk pembangunan dan perbelanjaan negara,” katanya. Beliau...

Kenyataan Najib Ini Buat Ramai Orang Sakit Hati

Image
Najib ini makin lama makin meluat gua tengok..bagi ucapan pun guna otak udang..tak selidik ayat sebelum berucap..kata-kata yang memang berasal dari hati nurani penuh dengan udang di sebalik batu. Korang ada tengok tak ucapan Najib ketika Hari Malaysia kat Padang Merdeka Kota Kinabalu hari tu? Puii..meluat gua tengok..dah lah ayat penuh muslihat..dah tu, merendah-rendahkan orang Sabah pulak. Ada kah patut, dia cakap guru-guru kat Sabah ini kurang berpendidikan? Hello, guru-guru kat Sabah ni pun ramai yang graduate kat Universiti, kat IPG, dan yang lulusan luar negara jugak..sama macam kat Semenanjung..bodoh punya statement Najib.. Ada dua janji utama Najib yang melekat kat telinga gua..pertama, 90% guru mesti terdiri dari orang Sabah, kedua, satu lebuhraya dari Kuching ke Kota Kinabalu bakal dibina dan kontraktor mesti terdiri dari orang Sabah Sarawak.. Kita tengok macam mana statistik janji ini dalam tempoh setahun dua...kalau janji dicapati..maka TUKAR dan UBAH!! l...