Najib Naikkan BR1M Lagi

AHMAD HUSNI (dua kiri) meluangkan masa melihat kanak-kanak menggunakan kemudahan gajet di perpustakaan pada Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Tambun, Ipoh semalam.

IPOH – Kerajaan akan terus menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kenaikan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada tahun depan. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut pada pembentangan Bajet 2016 tidak lama lagi.

“Kerajaan mempunyai kemampuan dari aspek kewangan untuk terus menyalurkan BR1M pada tahun hadapan walaupun negara berdepan kemerosotan ekonomi. 

“Kenaikan jumlah BR1M bukanlah satu tindakan drastik oleh kerajaan. Walaupun pendapatan negara tidak begitu tinggi namun, ia mencukupi untuk pihak kerajaan mengeluarkan dana untuk pembangunan dan perbelanjaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Tambun di sini semalam. 
- See more at: http://koperasi-online2u.blogspot.my/2015/09/br1m-dinaikan-lagi-tahun-depan.html#sthash.PBf5KVq2.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?