Aiman Tino Kongsi Rezeki Dengan Keluarga Di Hari Raya


Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, akan membawa keluarga bercuti selepas beraya di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. Enggan berkongsi lokasi yang bakal dituju, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, berkata beliau berniat membawa seisi keluarga bersantai sepanjang cuti Aidilfitri. "Saya berniat untuk belanja keluarga jalan-jalan pada cuti raya ini. "Kali ini, hari raya cukup terasa perbezaannya selepas dua tahun menjadi artis. Aidilfitri tahun lalu, lagu saya, Ku Rela Dibenci belum hit seperti sekarang," katanya kepada BH Online. Aiman berkata, selain menyediakan persiapan keluarga untuk Aidilfitri, beliau juga mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian rumah. "Selain baju untuk keluarga dan kuih raya, saya sendiri menempah tujuh pasang baju Melayu. Saya juga menghasilkan kurta hipster yang diberi nama Qurta by Sweet Aiman. "Kurta itu diinspirasikan bersama pengasas produk Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin. Istimewanya, ia boleh dipakai lelaki dan wanita," katanya. Aiman berkata, dilahirkan dalam keluarga besar dengan 10 beradik, suasana Hari Raya memang sangat meriah. "Ini kelebihan adik-beradik ramai. Tak sunyi rumah dengan gelak tawa dan usikan. "Dapat cium tangan ibu dan bapa adalah suatu nikmat indah. Sebab itu, rezeki yang saya dapat ini, saya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu bapa," katanya. Aiman yang juga anak keempat, turut menghadiahkan lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan kepada peminat. "Saya rasa sangat teruja dapat menyanyikan lagu raya sendiri," katanya.

Sila like FANPAGE AIMAN TINO

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?