Berapa Pengunjung Maybank2u.com Sehari?


KUALA LUMPUR – Maybank2u.com, mudah.my, airsia.com, cimbcliks.com.my, cari.com.my dan malaysiaairlines.com laman web tempatan mencatatkan bilangan pengunjung menggunakan komputer paling ramai sepanjang Oktober lalu.
Persatuan Digital Malaysia (MDA) dalam satu kenyataan memberitahu, Maybank2u.com menerima seramai 2,812,000 pengunjung, mudah.my (1,943,000), airasia.com (1,435,000), cimbclikcs.com.my (1,298,000), cari.com.my (1,215,000) dan malaysiaairlines.com (995,000).
Laman web tempatan seterusnya yang menerima bilangan pengunjung teramai adalah thestar.com.my (920,000), hmetro.com.my (857,000), sinarharian.com.my (811,000), pbebank.com (751,000), themalaysianinsider.com.my (720,000), lowyat.net (696,000), therakyatpost.com (683,000), bharian.com.my (678,000) dan jobstreet.com (667,000).
Ranking seterusnya malaysiakini.com (634,000), lelong.com.my (631,000). utusan.com.my (603,000), paultan.org (597,000), digi.com.my (595,000), astroawani.com (552,000), maxis.com.my (532,000), rhb.com.my (520,000), pos.com.my (463,000), astro.com.my (456,000), tonton.com.my (436,000), blogr.my (435,000), beautifulnara.com (434,000), says.com (424,000) dan mylaunchpad.com.my (407,000).
MDA turut mengumumkan Google menerima seramai 12,629,000 pengunjung pada Oktober lalu, Facebook (8,802,000), Yahoo (8,217,000) dan Microsoft (6,201,000), Wikipedia (3,414,000) dan Kumpulan Maybank (2,863,000).
“Kesemua pengunjung laman web ini berusia enam tahun ke atas dan mengakses daripada rumah atau pejabat dengan menggunakan komputer,” kata kenyataan itu hari ini.
MDA turut memaklumkan, laman web Astro menerima bilangan pengunjung paling ramai menggunakan telefon pintar iaitu seramai 2,094,000 pengunjung diikuti Media Prima (1,960,000), The Rakyat Post (1,469,000), Yahoo (1,438,000), cari.com.my (1,355,000) dan mudah.my (1,267,000).
Turutan seterusnya adalah Dua Marhalah (921,000), The Star (882,000), Ask Network (858,000), The Malaysian Insider (776,000), Kumpulan Utusan (767,000), rotikaya.com (669,000), Malaysiakini (687,000), Oriental Daily (677,000), Mode Media (669,000), MCIL Mutlimedia (576,000), Paultan (561,000), Kumpulan Emi (547,000), da Next Media Interactive LTD (538,000).

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?