Tun Mahathir Sedia Bantu Pulihkan Hubungan Korea Utara Dengan Malaysia

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, sekalipun telah terjalin sejak 1973, tapi hanya mula menjadi rapat pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Pada tahun 2002, pemimpin nombor dua Korea Utara, Kim Yong Nam, datang melawat Malaysia – kunjungan pertama seumpamanya oleh pemimpin negara itu ke negara ini.  Setahun selepas itu – ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, kedua-dua negara membuka kedutaan di negara masing-masing.
Secara mudahnya, Tun Mahathir mungkin bukan pemimpin yang membuka hubungan diplomatik dengan Korea Utara tapi beliau adalah pemimpin Malaysia pertama yang merapatkan hubungan antara dua buah negara ini.
Justeru, tidak dapat tidak, dalam krisis dengan Korea Utara sekarang,  pengaruh Tun Mahathir ke atas negara itu tidak boleh diketepikan.
Maka itu, ada cadangan agar Tun Mahathir masuk campur dalam soal 11 warganegara Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara sekarang kerana pentadbiran Najib dilihat terlalu lambat bertindak.  Keputusan untuk mengambil tindakan sama dengan melarang rakyat Korea Utara disini keluar dari negara ini yang diambil semalam hanya memburukkan lagi keadaan.
Tapi menurut sumber yang rapat dengannya, Tun Mahathir boleh campur tangan, dengan syarat Najib perlu meletak jawatan dahulu.
Ini penting kerana menurut sumber yang sama, Tun Mahathir tidak mahu kejayaan membawa keluar 11 rakyat Malaysia itu nanti, akan dijadikan bukti kehebatan Najib seperti mana ketika pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dimana Najib dilihat sebagai wira kerana berjaya membawa keluar kesemua mayat warga Malaysia yang terkorban dalam nahas tersebut dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro Rusia.
Keadaan seperti itulah yang mahu dielakkan Tun Mahathir sebelum beliau bersetuju untuk masuk campur.  Persoalannya sekarang, adakah Najib sedia melepaskan jawatan demi menyelamatkan nyawa 11 orang rakyat kita ini


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?