Lelaki Tua Ini Meninggal Waktu Sujud Depan Ratusan Quran Di Masjidil Haram

Seorang lelaki berumur, dilaporkan meninggal dunia, saat sedang sujud di Masjid Haram, Kota Mekah, Arab Saudi, Isnin (27/10/2014) kira-kira pukul 09.30 waktu Saudi Arabia.

Tidak pula disebutkan identiti lelaki berbaju dan kheif khas lelaki Arab itu.

Selain dari berita akaun media sosial @ 786IslamicQuote, Belum ada sumber yang berwibawa dari pihak pengelola dua Masjid Haram yang mengesahkan ketepatan berita foto ini.

Laman berita berbahasa Inggeris, Arab News, yang biasa memuatkan berita di Mekah, Madinah, dan Jeddah, juga belum menyiarkan berita ini.

Dari keterangan foto dalam bahasa Arab, ditulis, "Meninggal hari Ahad, 2 Muharram 1436 Hijriah di Masjidil Haram.

Namun di akaun microsite Islamic Inspiration @ 786IslamicQuote, edisi Isnin (27/10/2014) yang memuat turun gambar ini, menulis, lelaki berumur ini meninggal dalam keadaan sujud di waktu solat Dhuha, di Masjid Nabawi, Madinah. 

Solat Dhuha adalah ibadah solat sunnat dua rakaat yang digelar setelah matahari meninggi.

Dari gambar yang dimuat turun akaun twitter dengan 9,204 followers ini, kelihatan seorang polis penjaga masjid Nabawi membawa handy talky.

Dari gambar kelihatan, spot tempat sujud hingga akhir hayatnya si lelaki ini, berada di belakang Tidak jauh dari tempat sujudnya ada rak simpanan Al-Quran. Kabinet itu berkonstruksi khas Masjid Haram, warna keperakan.

Foto dan kejadian yang sama juga berlaku di bahagian tengah masjid Nabawi, pada tahun 2010 , tepatnya 12 Februari 2010, juga beredar di dunia maya.

Beratus-ratus orang yang memberi komen foto ini, dengan rasa kagum dan pujian. Kejadian di Masjid Nabawi, 2010 lalu.

Kebanyakan orang menganggap bahwa jika seseorang meninggal dalam posisi sujud atau solat, maka ia meninggal dalam kondisi husnul khatimah (akhir kehidupan yang baik). 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi