Wang Simpanan Pesara JKR 70k Lesap!


JOHARI Che Ismail, 57, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan wang simpanannya berjumlah RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, hari ini. - Foto Mohamad Ishak

SETIU: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini, terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang semalam.

Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 1.50 petang semalam, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja.

Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada 4 petang semalam.

"Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan wang di dalam akaunnya hanya berbaki RM42 sedangkan beliau masih mempunyai RM70,000 dalam akaun yang tidak pernah diambil sejak Mac lepas.

Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.

Katanya berdasarkan kenyataan bank menunjukkan pengeluaran wang dilakukan mulai 14 Mac lepas hingga 6 Oktober yang dibuat oleh individu tidak dikenali secara pemindahan wang melalui internet sebanyak 69 kali.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan katanya kes dikategorikan sebagai jenayah siber. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi