Wednesday, July 9, 2014

Subhanallah Bekas Penasyid Utama Kumpulan Raihan Menyanyi Di Pasar Malam



Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadhan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. 

Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke Pasar-pasar Ramadhan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. 

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Ustaz Nazrey pernah menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di Pasar-pasar Ramadhan untuk mengutip derma pembiayaan Pusat tahfiz itu. 

Terkini Ustaz Nazrey dilihat berada di pasar Ramadhan di Kajang, Selangor. 

Jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini, Jom!!! kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...