Posts

Showing posts from March, 2014

Israel Miliki Pesawat Serupa MH370, Motif Tersembunyi

Image
Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.  Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul  Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn. Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara. Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan. Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata. Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah p...

MH370 Ditangkap Tentera Laut Amerika? Respond Datuk Seri Hishammudin

Image
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera. “Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan? Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya. Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika  Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak  terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR  termasuklah pengesan kotak hitam. Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin  Amerika mahu membelanjakan ...

Ustaz Mimpi Lagi Nampak Penumpang MH370 Di Sebuah Pulau

Image
Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past (Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…) Ustaz Mimpi MH370 Lagi!!! Ustaz Mimpi Ngeri Bertemu Penumpang Pesawat MH370 di Sebuah Pulau! Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak. Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut. Selesai mandi dan berpakaian, saya baring d...

Perampas Buang Muatan Kargo MH370 Ke Lautan Hindi

Image
Bukti paling pelik dalam sejarah menentukan sesebuah kapalterbang mengalami kemalangan jatuh ke laut. Hanya dengan menemui pelet kayu dengan segera keputusan dibuat bahawa MH370 jatuh menjunam ke dalam laut kerana berlaku masalah dalam kabin.  Kalau kita punya saudara mara ada dalam MH 370 itu , adakah kita akan menerima keputusan ini bulat-bulat? Jika Mh370 sebenarnya dirampas, Dengan hanya mencampakkan beberapa muatan kargo ke Lautan Hindi, perampas pesawat MH370 boleh tidur lena apabila pencarian ke atas mereka dihentikan. MH370 diisytiharkan terjunam ke laut tanpa bukti serpihan badan pesawat. Jika sekalipun serpihan badan persawat ditemui selepas ini , fikirkanlah mengapa selepas 17 hari baru ditemui. Tidakkah terfikir MH370 dileraikan dan bahagian pesawat di hanyutkan ke Lautan Hindi. 

MH370-Russia “Hairan” Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika

Image
Russia “Hairan” Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi  Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal. Sesuatu yang mena...

Ustaz Mimpi Punca Pesawat MH370 Jatuh

Image
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi. Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal. Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / ap...

Keluarga Kapten Zaharie Membuat Pendedahan

Image
Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari 'ribut spekulasi'yang melanda juruterbang itu. "Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka," kata seorang rakan yang rapat dengan keluarga Zaharie tetapi tidak mahu dikenali. Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak- anak Zaharie untuk 'bersembunyi' adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya. "Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media," katanya. Gambar-Gambar Kapten Zaharie bersama keluarga dan sahabat Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang m...

Gambar Gadis Kena Balasan Serta Merta Dari Allah SWT

Image
Sekadar gambar hiasan Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,  pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata .Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:  “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ”  nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:  “Siapalah kamu hai orang tua? Ada...