Saturday, March 29, 2014

MH370 Ditangkap Tentera Laut Amerika? Respond Datuk Seri Hishammudin

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera.

“Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan?

Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya.

Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” katanya.

Ditanya cabaran terbesar sepanjang tiga minggu ini, Hishammuddin berkata:

“Apabila hendak mengalih tumpuan kepada koridor utara dan koridor selatan.”

Katanya selain cabaran diplomatik untuk mendapatkan kerjasama dengan negara-negara besar seperti Kazakhstan, China dan India, beliau juga khuatir melihatkan keadaan muka bumi di koridor selatan.

“Bila perdana menteri terpaksa umumkan bahawa kali terakhir pesawat itu berada di koridor selatan, saya cukup bimbang sebab tak ada tempat nak mendarat, tak ada tanah yang luas… yang boleh kita harap radar utama dan sekunder.

“Kita terpaksa harap satelit, itu belum lagi kita atur kedudukan aset. Bila dah atur kedudukan aset tengok cuaca, laut bergelora, kalau lepas ini nak turun bawah tengok teknologi lain pula. Dalam hati itu susah nak diterima,” katanya.

Hishammuddin dalam sidang media lebih sejam itu menarik perhatian apabila berkata kehilangan pesawat MH370 berjaya “mematahkan” ‘silo’ yang wujud antara beberapa pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam dan TUDM,
namun ia juga berlaku di peringkat antarabangsa.

“Tengok dalam agensi-agensi antarabangsa dalam konteks NTSB di Amerika Syarikat (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan), AAIB di Britain (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara) dan CAAC di China (Pentadbiran Penerbangan Awam China)… kalau tak kerana MH370 mereka tidak akan duduk bincang sebegitu rupa,” katanya.

Menurut Hishammuddin, keadaan yang dianggap luar biasa itu bukan mudah untuk dilihat, namun berlaku ketika traged kehilangan MH370 berikutan sikap serta dasar Malaysia yang sentiasa berbaik-baik dengan semua negara.

“Malaysia ramai kawan tak ada musuh dengan sesiapa. Maka ramai yang tampil untuk bantu dalam menghadapi tragedi ini, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...