Sekitar Majlis Pengkebumian Ariel Sharon Yang Lalu

Sharon mula diserang angin ahmar pada Disember 2005 sebelum mengalami pendarahan otak teruk pada 4 Januari 2006. Selepas dirawat selama berbulan-bulan di Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Sharon dipindahkan ke Hospital Tel Hashomer.
Dilaporkan juga beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi.


Fakta-fakta kekejaman Ariel Sharon:
- Merupakan pemimpin Yahudi paling kontroversi berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982.
- Dianggarkan sebanyak 3,500 penduduk awam kebanyakannya pelarian Palestin maut dibunuh pertubuhan separa tentera ultranasionalis, Phalanges Lebanon yang juga sekutu Israel ketika itu.
- Ketika menyertai angkatan tentera, Sharon pernah mengetuai unit komando 101 menentang tentera Arab yang berakhir dengan kematian 60 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di kampung Qibya berhampiran Ramallah pada 1953.
- Semasa Perang Enam Hari 1967, Sharon yang mengetuai unit kereta perisai membantu rejim Israel menakluk beberapa wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis Timur dan sebahagian Bukit Golan.
- Tembok pemisah antara Tebing Barat dan Israel turut dibina ketika zaman pemerintahannya, sekali gus menyaksikan lebih banyak wilayah Palestin dirampas.







billyinfo.blogspot.com
Comments
Post a Comment