Monday, January 13, 2014

Kenyataan Puan Ibu Hatijah Aam Berhubung Isu Kalimah Allah


Kenyataan Akhbar
Puan Ibu Hatijah Aam
Berhubung Penguatkuasaan JAIS terhadap pengunaan kalimat ” Allah”
pada 2hb. Januari 2014.
Saya dan kami GISB Holdings sebuah badan NGO atas nama YKPPM menyokong tindakan JAIS terhadap penerbitan Al Kitab yang menggunakan Kalimah Allah! Pada saya JAIS benar, mempunyai wibawa dan justifikasi perundangan dalam mempertahankan keagungan Allah! Allah Tuhan Yang Maha Agung, Allah yang tidak diberanakkan dan tidak mempunyai anak.
Penganut Kristian sudah ada Kalimah Sendiri untuk Tuhan mereka! Gunakanlah apa yang telah lama mereka gunakan. Kita tahu kebiadaban penganut Kristian di Negara mejoriti Islam Malaysia mempunyai agenda tersendiri. Agenda dakyah yang licik untuk mengelirukan umat Islam khususnya di Malaysia secara jangka pendek dan panjang. Mereka makin berani dan yakin berjaya kerana mereka yakin dengan sokongan kuat kumpulan tertentu. Mereka juga menggula-gulakan hak asasi manusia sedangkan mereka yang melanggar hak umat Islam di Selangor. Mereka memperkatakan soal keharmonian dengan justifikasi dangkal sedangkan agama lain tidak pernah pun menerima tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh JAIS sepertimana yang mereka terima. Ini bermakna jika tidak ada suatu perbuatan tertentu, saya yakin JAIS tidak akan membuat apa- apa tindakan siasatan.
Dalam hal ini, saya menyeru Umat Islam untuk bersatu! Janganlah kerana ada kepentingan selain Allah kita sanggup membiarkan Allah dipermain-mainkan!. Sesungguhnya Allah tidak pernah tergugat dengan penggunaan oleh mereka kerana Agama Islam sebagai Ad Din, tetapi perbuatan melampau ini jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Akibat tidak bersatu ialah Umat Islam yang tidak faham Allah akan keliru. Mana satu nak sokong? Oh Allah, tolong satukan Umat Islam demi membela Islam daripada ancaman Kristian.
Sebenarnya tujuan gereja menggunakan Kalimah Allah ialah untuk mengkristiankan seberapa ramai Umat Islam di Selangor. Jadi JAIS telah menggunakan kuasa mereka untuk menyelamatkan Umat Islam daripada di tipu Gereja! Sebab dunia tahu, Tuhan orang Kristian bukan Allah! Jadi bila Kristian tukar Tuhan itukan penipuan!
Dalam Al Quran Allah telah berfirman: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah (Tuhan) yang ketiga dari tiga. Padahal tak adalah Tuhan, kecuali Tuhan yang Esa. (5 Al-Maa-Idah ayat 73)
Umat Islam marilah membela akidah kita dan generasi akan datang!. Jangan kupa mereka adalah musuh kita, dan sedetik pun kita tidak boleh melupakannya. Bersatulah untuk membela Islam untuk membela Allah! Kristian itu musuh Islam! Kalau kita Umat Islam berpecah untunglah Kristian! Kristian akan gunakan peluang untuk membuat keuntungan besar!
Islam seindah-indah Agama, macamana Umat Islam boleh perpecah dalam hal dan persoalan pokok?.Islam Agama kasih sayang, kenapa Umat Islam bermusuh sesama sendiri? Kerana kita bersengketa, hilanglah kasih sayang, hilang indahnya Islam, akhirnya mereka mudah memnikam dari belakang.
Kenapa terjadi kepada Umat Islam tidak mampu membuktikan Kesatuan Islam? Maka di atas perpecahan ini, nampaknya musuh makin bersatu!
Kepada Umat Islam yang menyokong orang Kristian menggunakan Kalimah Allah,saya suka mengingatkan,
firman Allah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah ayat 120)
Ya Allah, tolong menangkanlah Islam! Ia adalah Agama Mu ya Allah. Apa pun terjadi kami tetap akan bersama Mu!
Amin,
Sekian, Terimakasih.
Puan Ibu Hatijah Aam
(Pengerusi Eksekutif GISB Holdings)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...