Aneh: Lelaki Ini Boleh Hidup Tanpa Wang Selama 13 Tahun!


Selama 13 Tahun Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit | Wang ketika ini telah mejadi keperluan wajib bagi hidup manusia, wang menjadi barang yang paling berharga dan selalu di cari, tanpa wang mungkin manusia akan sukar hidup di dunia ini. Sudah pasti.

Tapi apa yang terjadi pada lelaki ini pelik pulak. Daniel Suelo lelaki dari Amerika ini selama belasan tahun boleh hidup tanpa wang sesen pun, dia memulakan hidup tanpa menggunakan wang sejak tahun 2000. Selama 13 tahun dia hidup bagaikan manusia primitif tanpa menggunakan sesen wang pun.
 
Daniel Suelo hidup di dalam sebuah gua di lembah pergunungan gurun pasir berhampiran bandar Moab, Utah. Untuk memenuhi keperluan seharian Daniel Suelo bercucuk tanam mulai dari buah-buahan, sayur-sayuran hingga cendawan. Untuk memasak Daniel Suelo menggunakan periuk terpakai dan kayu bakar yang dikumpulkan di sekitarnya. Untuk keperluan protein sendiri Daniel Suelo memprolehnya dari memburu binatang liar. Apa-apa saja termasuk musang, tupai atau arnab.


Walaupun hidup dalam gua, tidak serta merta Daniel melupakan teknologi, dia tetap berhubung dengan dunia luar dan mengendalikan blog melalui intenet, untuk mendapatkan sambungan internet sendiri Daniel tidak perlu mengeluarkan wang sebab ia mengunakan sambungan internet perpustakaan di bandar.
Daniel Suelo mengatakn wang tidak akan pernah memberikan kebahagiaan pada manusia. Pelik, pelik!

"Kita perlu bekerja, itu sudah pasti. Tapi lihat faktanya, wang hanya memberikan kita perasaan kurang senang. Tidak pernah ada ketenangan batin, "ujar lelaki yang lahir di Denver, Amerika Syarikat.
Kisahnya yang boleh hidup tanpa mempunyai wang ini pun telah di buat buku oleh rakan kerjanya ketika bekerja sama semasa menjadi juru masak, Mark Sunden.


 
 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi