AirAsia Indah Khabar Dari Rupa

air-asia

Di sini saya ingin membuat pengaduan mengenai ketidakadilan Air Asia dengan tidak membenarkan saya dan keluarga menaiki penerbangan ke Sarawak. Sebagai warga semenanjung yang tidak pernah berkunjung ke Sarawak dan pertama kali menggunakan Air Asia memang sesuatu yang mengujakan untuk bercuti kesana.

17.11.2013 Jam 5:00 pagi kami sekeluarga telah siap untuk check-in di kaunter Air Asia Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namun alangkah hampa kami tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan dengan alasan tidak membawa sijil lahir asal anak kami yang berumur 11 tahun padahal kami telah membawa salinan yang difotokopi dari salinan asal.

Saya telah diarahkan untuk pulang mengambil slinan asal di Sungai Petani ,sesuatu yang mustahil kerana jambatan Pulau Pinang di tutup kerana ada larian jambatan Pulau Pinang. Walaupun penerbangan asal pukul 7:00 telah di tunda pada 8;45 pagie. Kami telah membuat rayuan sehingga jam 7:30 . Tidak ada satu pun yang cuba untuk membantu kami. Akhirnya kami terpaksa akur kerana kaunter check-in telah di tutup dan kami kerugian sebanyak RM1200 .

Persoalannya,kami telah membuat tempahan sebulan lalu dan selalu datang ke kaunter Air Asia di Sungai Petani jika ada sebarang kemusykilan. Namun tidak ada sebarang maklumat dari kakitangan yang bertugas yang menyatakan kami perlu membawa salinan asal sekiarnya kami ingin ke Sarawak. . Dalam hal ini sepatutnya Air Asia sendiri yang bertanggungjawab tapi apa yang berlaku kami yang menjadi mangsa rakus untuk mengaut keuntugan.

Adakah dengan cara ini Air Asia mengaut keuntungan menipu pengguna dengan tidak memberitahu maklumat sebenar. Apakah sebab-sebab kukuh yang sebenarnya sehingga kami terpaksa menunjukkan sijil yang asal.

Saya rasa ramai lagi pengguna yang tertipu atau mengalami nasib yang sama terpaksa menganggung kerugian wang dan masa.

Keduanya , kami adalah warga semenanjung dan Sarawak adalah dalam Malaysia. Apakah kepentingan sehingga perlu membawa salinan yang asal. Kami bukan penjenayah tapi warganegara yang ingin bercuti di dalam negeri sendiri. Adakah ini untuk menujukkan perbezaan antara rakyat semenanjung dan Sarawak. Kalau begitu tidak perlulah ada slogan

Satu Malaysia yang sering diwawarkan oleh pemimpin Negara.

Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang ingin menggunnakan perkhidmatan Air Asia berhati-hati dengan tawaran yang sering diiklankan supaya kelak tidak akan alami nasib yang sama.

By: Wan saharudin

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap aduan di atas yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin kami.

sumber : www.amekaw.com

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi