10 Bandar Kos Sara Hidup Paling Tinggi Di Malaysia
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian
Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar
paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1.
Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara
yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran
seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan
pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor
Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di
Malaysia.
Dengan
kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan
harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000
sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Seseorang
memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah
pulau di Pulau Pinang.
Ia
dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi
Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di
Terengganu.
Namun,
harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah
besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang
tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin
ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang
dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan
ke pulau Mutiara itu.
Harga
sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur,
RM6.50 di Klang.
Kadar
sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga
bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya
lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500
sebulan.
Walau
kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan
hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung
Malaysia.
Harga
ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00
dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai
nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana
kesegarannya.
Harga
ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke
RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun
oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia
menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500
sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah
kereta dan rumah sewa.
Namun
di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak
tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri
gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang
terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja
industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan
sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas
dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara
hidup yang tinggi.
Harga
rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan
ketara.
P/s;
Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat
Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak,
tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat
Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Adakah
dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan
tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada
pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga
keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat
besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka
alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak
dapat mengurangkan beban rakyat.
sumber: amazinggila.blogspot.com
Selamat
menyambut Tahun Baru 2014
Comments
Post a Comment