Friday, December 13, 2013

Tweet Ustaz Kazim Elias Yang Memukau!





PERINGATAN!!! Posting ini bukanlah untuk mengagungkan UKE, sebaliknya apa yang dikongsikan beliau dalam tweetnya.

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias baru ini memuat naik sebuah gambar yang sangat menarik di akaun Twitter beliau.

Ia gambar awam yang terbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang.

Menurut beliau, ia diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kalau begitu, bermakna ia sudah 4 tahun… mungkin ramai yang sudah melihatnya.

Kepada yang belum, di bawah ini disertakan gambar yang dimaksudkan itu.

Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.

Subhanallah… Maha Suci Allah…
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...