Seleweng Dana Anak Yatim RM4 Juta, Hatijah Aam Dilepaskan?

“Wallahi, wabillahi, watallahi…bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami…taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi,” antara lafaz taubat yang dibaca Hatijah.
Ada pula pengisytiharan taubat ya? Ada sijil lagi! Soalnya juga bolehkah sesutau fahaman yang diyakini oleh seseorang itu dilupuskan dengan hanya melafaz pengistyharan?
Hatijah Aam juga dikatakan telah mengaku penyelewengan wang anak yatim berjumlah RM4 juta menerusi sebuah syarikat Global Ikhwan Holding Sdn Bhd (GISB) yang ditubuhkannya.
“Segala urusan dan proses pemulangan dana sedang dilakukan pihak GISB dan disebabkan itu kita menjenamakan semula yayasan kami agar perkara itu tidak lagi berulang…mana yang boleh dipulangkan, kami pulangkan,” kata Hatijah Aam.
Seronoklah kalau begitu, “mana yang boleh dipulangkan, kami pulangkan“. Jawabnya lebur begitu sahajalah.
Takkan boleh selesai begitu sahaja? Sepatutnya dia dihadapkan ke mahkamah. Takkan penyelesaian penyelewengan boleh dibuat dengan hanya berjanji dan melafazkan sumpah!!
sumber: www.ekeleh.com
Related Post:
Comments
Post a Comment