Lemah Mengamalkan Syariat Batin


Ramai orang boleh melaksanakan syariat lahir
boleh bersembahyang, puasa, zakat
naik haji, baca Al Quran dan lain-lain lagi
Mengerjakan syariat batin sangat lemahnya
Seperti susah hendak sabar, payah berkasih sayang
berat memberi maaf dan meminta maaf,
tidak ada belas kasihan, tidak mudah redha
Apatah lagi rasa bertuhan, rasa rendah diri
rasa hina, rasa hamba, rasa berdosa dan bersalah
rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur
Kerana itulah akhlak mulia tidak lahir
dari orang yang beribadah
seperti bersembahyang, puasa, naik haji
baca Al Quran, berdakwah dan berjuang
Padahal dari syariat batin itu
lahirlah akhlak yang mulia
Akhlak yang mulia itulah pandangan Allah
pandangan Rasul dan pandangan manusia
Orang yang bukan Islam masuk Islam
kerana akhlak yang mulia
yang ada pada umat Islam
bukan kerana banyak ibadahnya
Orang Islam yang lemah agamanya
akan sedar dan insaf
kerana melihat akhlak mulia orang Islam
yang bermujahadah dan bersyariat
Hari ini payah orang hendak masuk Islam
kerana bunga diri tidak ada pada umat Islam
iaitu akhlak yang mulia
Orang Islam yang liar susah hendak diinsafkan
kerana orang yang lahirnya beragama pun
tidak ada akhlak yang mulia
Bahkan orang takut dan benci
dengan Islam dan umat Islam
Islam hanya tinggal kulit sahaja
Isi tidak ada, penghayatannya atau rohnya kosong
hanya tinggal rangka
Bangkai bernyawa
Hanya tinggal bangkai dan tulang
yang masih berjalan
macam hantu jerangkung yang menakutkan
Menakutkan manusia
Orang lari dari Islam
kerana perbuatan umat Islam
Kerana memburukkan Islam
yang sudah tidak asli lagi
oleh penganut-penganutnya

AFT

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi