Posts

Showing posts from December, 2013

Pengakhiran Dunia Semakin Hampir Atau Cerita Rekaan?

Image
Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA!  Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR. KUTUB BUMI & POLE SHIFT Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut te...

Ribuan Ikan Tuna Mendarat Di Pantai Jeddah, Arab Saudi

Image
Ribuan ikan tuna mendarat di Pantai Jeddah, Arab Saudi  - Selepas kejadian pelik ribuan ikan tamban mendarat di Pantai Tambisan, Lahad Datu minggu lalu dan penyebaran berita palsu tentang pendaratan ikan dan ketam di pelantar minyak Perairan Terengganu, kini kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Pantai Jeddah, Arab Saudi. Punca kejadian tidak pula diketahui. Tanpa dinyatakan tarikh dan masa kejadian ini berlaku, satu  video rakaman tentang pendaratan ribuan ikan tuna di pantai berkenaan kini sedang berlegar-legar di Youtube. Dalam video itu, kelihatan penduduk kawasan pantai terbabit berpusu-pusu memunggah ikan-ikan tuna.

Cerita Aneh Detik Akhir Saddam Hussein Di Tali Gantung

Image
Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu. Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal. “Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak. “Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu. “Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran. “Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja. “Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi d...

Gambar Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 9 Times Square

Image
Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang ini. Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu.

BR1M 14 Terus Ke Akaun Anda!

Image
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014  akan disalur terus ke akaun bank penerima.Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014  yang memanfaatkan hampir  5.9 juta isi rumah  dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari  depan Orang ramai boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan melayari  http://www.hasil.gov.my  atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089  atau email di bajet2014@treasury.gov.my .Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima  BR1M  sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank. – Lapor Astro Awani

Artis Beragama Islam Sambut Krismas Apa Komen UIA dan KJ?

Image
Ustaz Azhar Idrus - Tentang Krismas  Hukum bergambar sambut krismas: Kenapa Umat Islam dilarang mengucapkan Selamat Hari Krismas? Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku? Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya. Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku? Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa? Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini. Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah... Christian : Sekarang, saya mengerti. Jadi haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi: "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatn...

Pulau Socotra Yemen Pulau Dajal Dirantai?

Image
Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di tempat lainnya. Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia. Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda. Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan  Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman. Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman. Menurut penelitian sej...

Kejadian Pelik Di Sabah Ikan Tamban Naik Ke Darat!

Image
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Gambar Dan Video Mitsubishi Triton Putus Dua Kemalangan Di KL

Image
Lokasi: Jalan Tun Razak, KL Masa: 3:20 pagi. (Ahad) Nama mangsa : Seow Choon Wui, 29, Wangsa Maju, K.Lumpur. Keadaan mangsa: Tercampak keluar dan kepala serta muka mangsa pecah. Kemalangan berlaku di susur ke Jalan Yap kwan Seng/Jalan Semarak selepas terowong berhampiran bangunan Tabung Haji. Triton ini hilang kawalan sebaik melepasi terowong sebelum terbabas ke kanan arah pembahagi jalan sebelum bahagian sisi kanannya melibas tiang papantanda. Akibatnya, kenderaan ini hampir putus dua. Manakala pemandunya, tercampak keluar. Seow yang pecah kepala dan muka, maut di tempat kejadian

Kemiskinan Bukan Untuk Dibasmi

Image
Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini. Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya. Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua a...

13 Gambar Tragedi Letupan Bom Di Padang Besar & Danok Petang Tadi

Image
Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini. Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan. Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit. Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari. Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.

Awas Panggilan Dari Telemarketer (Baca Pengalaman Ini)

Image
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Elis’, 26 tahun. Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur. “Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kiradua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan d...