Susahnya Jadi Wanita Islam Berbanding Lelaki?



muslim woman

1. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Hikmah sebenar: Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga. Oleh itu sesuatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan...??? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jala*n*n.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Hikmah sebenar: Seorang wanita itu sebenarnya dipertanggung jawabkan kepada 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

3. Saksi wanita kurang dibanding lelaki.
Hikmah sebenar: Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
Hikmah sebenar: Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suami. Manakala lelaki apabila menerima pusaka atau warisan, ia harus menggunakan hartanya untuk isteri dan anak²nya.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Hikmah sebenar: Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia akan didoakan oleh segala makhluk dan seluruh malaikat Allah SWT di muka bumi ini dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.
Hikmah sebenar: Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki pula wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita...???

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
Hikmah sebenar: Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggung jawabkan 4 wanita ini; isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

8. Wanita kurang ibadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
Hikmah sebenar: Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah...hebatnya ganjaran untuk wanita Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi