Remaja 17 Tahun Hina Islam Di Facebook.
Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir
Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan
menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru
ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata,
suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam
sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil
keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi,
dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Remaja itu
disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis
diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja
berkenaan.
wanted
ReplyDeleteXpe laa.. die rase diri die lbh besar dr Allah... semoga bdk lahanat nii diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan Allah melindungi diriku drpd pnyakit jiwa yg kronik mcm nii.
ReplyDelete