Piala Malaysia: Pahang juara kalahkan Kelantan 1-0

PAHANG dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas menamatkan penantian selama 21 tahun sejak tahun 1992 dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam ini.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Matias Ruben Conti dari Argentina hasil hantaran silang yang cantik dari Azamuddin Mohd Akil atau lebih dikenali sebagai Alex pada minit ke-58 perlawanan.
Perlawanan akhir yang disaksikan pada malam ini kira-kira 80,000 penonton bermula dengan asakan demi asakan dari pemain Pahang ke atas gawang The Red Warriors sejak awal permainan.
Penguasaan permainan juga banyak memihak kepada pasukan Tok Gajah apabila datang menyerang dari kiri dan kanan pintu gol pasukan Kelantan sekaligus melenyapkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim lalu.
Kemenangan Pahang juga banyak disumbangkan oleh ketangkasan penjaga gol muda Pahang Khairul Azhan Khalid yang banyak menyelamatkan percubaan Kelantan yang semakin rancak pada separuh masa kedua.
Biarpun memegang reputasi sebagai penjaga gol kebangsaan, penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat bolos juga dengan tandukan cantik Conti.
Mungkin Datuk K Rajagopal boleh memberikan peluang Khairul Azhan untuk menjaga gawang Malaysia dan minta Khairul Fahmi rehat sekejap. Apa kata?
Berikut kesebelasan utama kedua-dua pasukan pada permulaan permainan :-
Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak
Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi