Wednesday, November 20, 2013

Pemuda Yang Menyatakan Hasrat Ingin Mati Syahid(Video)



Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...