Saturday, November 2, 2013

Di China, Dagingpun Palsu!



MINGGU ini, pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.

Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.

Daging babi kemudiannya dicampur dengan beberapa bahan peluntur kimia seperti paraffin wax dan garam industri untuk mengubah rupanya seakan-akan daging lembu.

Menurut laporan media tempatan, kilang itu telah berjaya menjual kira-kira 1.5 tan daging lembu palsu itu ke pasaran tempatan dengan harga ?33 Yuan kira-kira RM17.11 sekilogram.

Enam premis yang dikenalpasti mengeluarkan daging lembu palsu ini kini ditutup operasinya serta merta.

Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi di China.

Pada bulan Mei lalu, seramai 904 orang dilaporkan ditahan di China atas kesalahan berkaitan penjualan daging. - Mynewshu


Artikel Berkaitan:
Badan Manusia Dipotong Dan Dijual Di Kedai Daging
Hancur Tangannya Masuk Mesin Pengisar Daging!!!
Kisah Derhaka Lelaki Belikan Ibu Daging Babi Untuk Berbuka ...

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...